Cara Membeli 1 Dinar Public Gold Dengan Mudah Dan Murah

1 Dinar Public Gold

Memang saya berniat untuk menyimpan 1 Dinar Public Gold  ketulenan 24K (Au999.9) pada hujung tahun lepas. Namun kekangan bajet dan banyak perlu menggunakan duit untuk balik kampung dan persediaan sekolah anak-anak tidak mematah semangat untuk membuat simpanan emas 1 dinar.

Di Public Gold, para pelanggan berpeluang memiliki apa sahaja kepingan emas yang diminati dengan adanya pembelian mudah yang cukup menyenangkan. Sudah pasti tidak terbayang memiliki emas yang tidak boleh dibeli dan dibayar sekaligus.

Selain pembelian yang mudah, cara pembelian dan bayarannya juga Patuh Shariah yang disahkan oleh Amanie Advisory.

Pembelian ansuran ini dikenali sebagai Easy Payment Purchase (EPP). Tempoh bayaran adalah

  • 4 bulan/ 4 kali  – minimum 1 dinar (4.25gram)
  • 10 bulan / 10 kali – 250 gram ke atas
Contoh jadual pembayaran EPP 1 Dinar

Bayaran pertama akan dicampur premium emas dan cas pengurusan. Lagi cepat kita membuat bayaran penuh bermakna lagi cepatlah emas itu berada dalam tangan kita.

1 Dinar Public Gold Yang Mudah Dimiliki

Disebabkan bayaran gaji kakitangan awam awal diterima pada bulan Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina, bermakna saya berpeluang mempercepatkan proses bayarannya. Minggu lepas saya membuat bayaran akhir dan terus ke Cawangan Public Gold Kota Kinabalu untuk menuntut emas 1 dinar yang sudah dibayar penuh.

Selain mengambil emas 1 Dinar, saya juga berkesempatan keluarkan emas dari akaun GAP dan mengambil kad emas rekabentuk Puppy 2018, dan beberapa kad yang lain.

Kenapa belian ansuran EPP Public Gold Murah & Mudah?

Murah –  Pelanggan berupaya membeli dengan ‘lock’ harga yang dirasakan murah. Bagi setiap individu, penanda aras murah atau mahal harga emas adakah subjektif kerana ‘pembelian pertama’ emas mempengaruhi harga pembelian emas yang seterusnya.

Mudah – Pembayaran yang boleh dibuat sebanyak empat kali secara tidak langsung membuatkan kita menyimpan emas setiap bulan. Harga yang dibahagi empat bulan sudah cukup memudahkan dan tidak membebankan.

Miliki emas dengan mudah dan murah!

Anda boleh hubungi saya melalui talian 019-8469629 atau http://pg10.wasap.my

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

17 Comments on “Cara Membeli 1 Dinar Public Gold Dengan Mudah Dan Murah”

  1. Ya, mudah pemilikan emas bila perolehi dari platform yang ada kredibiliti seperti Public Gold syarikat tempatan mempunyai produk pendapat pensijilan Patuh Syariah.

  2. Sekarang ni nak miliki emas macam beli barang keperluan kat portal online. Mudah je kan. Yang best tu boleh lock harga terus. PG ni memang bagus, lama dah Asyraf ikuti perkembangannya. Lagipun memang ramai Pakar kewangan Malaysia syorkan beli dengan Public Gold ni.

    1. PG dah bertahan 10 tahun dengan kerjasama dengan Pos Malaysia.. mmg PG menjadi syarikat emas paling dipercayai di Malaysia. Cara beli, jual yang mudah secara online.
      Selain itu, emasnya mudah dicarikan melalui pajak gadai islam arrahnu..
      Jom simpan emas bro..

    1. Alhamdulillah.. terbaik kerana ada simpanan emas. Jenama faktor no. 2, yang penting logamnya adalah emas.

      Cuma jenama yg disertakan sijil seperti LBMA lebih mudah dijual semula mahupun dipajak gadai tanpa perlu buka seal.

      Kita sedia maklum jika buka seal kadar susut nilainya lebih tinggi

  3. Alhamdulillah stakat ni dah ada koleksi 3 kpg dinar. 2 kpg tu dpt mas kawin. hihi.. Em baru tahu boleh beli ansuran emas PG. Macam mana cara nak buat EPP tu? Ciktom mmg dah ada akaum GAP. Boleh cara online di akaun GAP ke?

    1. Pilihan untuk bayaran secara ansuran EPP ini hanya akan keluar semasa membuat bayaran emas dari sekecil 1 dinar 4.25g ke atas sahaja.

      Sekiranya emas adalah kurang dari 1 dinar bayaran penuh (full settlement) perlu dibuat.

      Akaun GAP pula berkonsep Tabung. Jika tabung dah banyak gram nya, boleh keluarkan emas tak kira apa jenis pun janji ada baki 1 gram ditinggalkan dalam akan GAP untuk memastikan akaun sentiasa aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *