7 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Kad Debit BigPay.

Pembelian tiket kapal terbang dengan kad BigPay

Sebelum ini, kami sering bertanya sesama sendiri ke mana perginya duit belanja dapur yang kadang-kadang lari dari peruntukan bulanan. Duit ‘ghaib’tanpa ada kesan. Inilah masalah kami kerana tidak ada merekod secara terperinci belanja bulanan kami. Bila terjadi ‘bajet lari’ barulah audit semula rekod belanja sebulan.

Pembelian tiket kapal terbang dengan kad BigPay
Pembelian di pasaraya dan tiket kapal terbang dengan kad BigPay

Sejak menggunakan kad debit BigPay saya dan isteri lebih mudah membuat rekod perbelanjaan terutamanya perbelanjaan melalui bayaran atas talian atau ketika berbelanja di pasaraya.

Pembelian dan bayaran melalui tukaran matawang asing pun tiada masalah. Boleh saja bayar tanpa ada masalah selagi ada duit di dalam akaun.

Bayar Dengan Kad BigPay (2)
Pembelian dari luar negara dan saya cuba keluarkan dari mesin ATM.

Selain kad ini digunakan untuk membuat bayaran, kita boleh mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM. Namun cas yang dikenakan adalah RM6 (dalam Malaysia) dan RM10 untuk pengeluaran di luar negara. Pengeluaran dengan memasukkan 6 digit no pin keselamatan seperti kad debit/kredit yang lain.

Selain itu ada beberapa ciri lagi kad BigPay yang menarik perhatian saya untuk terus menggunakannya seperti;

Ciri Keselamatan – dengan konsep e-wallet boleh simpan dengan minima sahaja mengikut keperluan. Aplikasi BigPay di telefon mudah alih memerlukan 6 digit no pin untuk akses ke akaun/apps. Boleh bekukan kad melalui aplikasi di telefon sahaja jika berlaku kehilangan kad.

Notifikasi – setiap kali berlaku transaksi duit masuk atau keluar akan dihantar notifikasi ke telefon kita.

Tiada Bayaran Proses – penjimatan semasa membuat bayaran pembelian tiket Air Asia.

Kumpul Point – Setiap kali menambah nilai atau berbelanja akan diberikan mata ganjaran. Boleh kumpul dan ditebus.

Pengunaan Luar Negara – tidak perlu diaktifkan kerana sedia aktif untuk penggunaan luar negara. Nilai pertukaran matawang asing secara automatik bergantung kepada lokasi semasa.

Pengeluaran Duit Di ATM – Seperti yang saya nyatakan sebelum ini di atas.

Yuran Tahunan – Tiada

Cara Mendapatkan Kad BigPay

Kad Bigpay
Kad Bigpay

Buka link http://bigpay.link/referrals dan ikuti semua langkah pendaftaran. Masukkan kod di bawah semasa pendaftaran.

Referral Code: HL7FNTRG26

Anda perlu memasukkan RM20 untuk pengaktifan dan kiriman kad fizikal. Selepas berjaya diaktifkan, tambahan RM10 akan diberikan terus ke akaun anda.

Boleh digunakan terus selepas itu.

Saya paling suka guna kemudahan transfer duit kepada ahli Bigpay yang lain tanpa perlu minta no akaun bank. Cepat dan Pantas!

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.