Aktiviti Menjelang Raya

DSC 2676

Anak-anak memang diutamakan pada raya kali ini. Nampaknya Amyra & Mikail beraya sakan tahun ni. Amyra tak sabar nak memakai tudungnya beraya nanti.

DSC 2677 DSC 2675 DSC 2674

Aku dan isteri sederhana sahaja. Yang penting baju melayu & baju kurung raya kami yang sedondon tu dah siap.

DSC 2661 DSC 2662

Superhero aku, Mikail semakin ligat untuk belajar meniarap. Nampaknya, usahanya berbaloi. Dia dah pandai meniarap dan rebah-bangun dengan mudah. Baju raya, kasut raya dia aku dah sediakan. Tak sabar nak sedondon dengan Mikail raya nanti.

DSC 2622 DSC 2613DSC 2629 DSC 2612

Malam 13 September lepas, aku celebrate hari jadi wife aku dengan sederhana sahaja. Tanpa kek dan lilin. Kami ke KFC dan makan pun burger sahaja kerana masih kenyang lepas berbuka puasa. Malam tu ambil kesempatan ‘dating’ dengan wife. Suasana tak berapa romantik kami terganggu dengan deruman enjin mosikal kapcai mat semprit rempit. Aku ambik kamera dan try shoot buat light trail. Ok jugaklah hasilnya..

DSC 2631 DSC 2636DSC 2639 DSC 2638

Kereta aku juga beraya berseorangan kali ini kerana akan ditinggalkan selama 2 minggu sepanjang aku cuti beraya di Sarawak. Banyak jugak yang kereta aku ‘minta’ untuk raya kali ini iaitu major service. Selain tu, pagi Ahad lepas aku datang rajin, aku wash & wax kereta aku. Lepas tu kepenatan.. Nasib baik puasa dapat tahan lagi.

19 Comments on “Aktiviti Menjelang Raya”

  1. Hepi Belated Birthday, sori bro lambat wish kat ko, muka sedih je makan burger tu, Selamat Hari Raya Idulfitri buat Mus dan sekeluarga, maaf zahir batin ya

    1. @ Rjuna – kesilapan menaip.. bukan birthday aku.. tapi wife aku.. sori! Selamat hari raya kembali…

  2. Jgn amik ati.. Tp aku rasa burger tu x der cheese la.. Aku rasa la.. Wahahhaha.. Selamat mnyambut ari raya bro.. Tempek lah kuih raya dekat blog ni untuk tatapan kami smua.. Miahahha..

    1. @ KertaZ – mmg pon.. resipi burger ni mmg aku tak tau.. tahu beli dan makan jer.. ada/tak cheese tak kisah bro..

  3. menjelang raya, anak2 kecil smue happy je kan.heheh. btw selamat hari raya bro.susun jari mohon maaf skiranya silap type/kata =)

  4. – – – – –

    selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin. hehe 🙂

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.