Aku Kepenatan Hari Ini

P5071431

Hari ini..

Aku ke Kiulu, Tuaran & Kota Belud untuk sebutharga semula ‘Projek Sakit’ Tabika KEMAS. Projek ni dah di’award’ kepada kontraktor lebih setahun yang lepas. Tapi tak siap kerana kontraktor lepas tangan/cabut lari/putarbelit… Jadi, nak buat macam mana? ‘BLACKLIST’lah jawabnya! Padan muka korang kontraktor-kontraktor durjana.. Kesian anak-anak kampung menunggu Tabika yang diharapkan tapi tak siap-siap. Esok pulak ke Daerah Ranau untuk tujuan yang sama. Projek Sakit ni pernah masuk paper Berita Harian Sabah/Sarawak  Jumaat lepas..

Hari ini..

Aku rasa sangat penat! Perjalanan yang jauh dan kepanasan sang mentari cukup mencabar! Inilah dugaan bekerja di bulan puasa. Sepanjang perjalanan (200km++).. aku sempat melelapkan mata  dan didingini penyaman udara kereta ‘Prado King’ yang sememangnya cukup dingin. Keluar dari pejabat pukul 8 pagi dan sampai di pejabat semula jam 4.30 petang.. Nasib baik pergi kerja naik motor kapcai aku tu.. kalau naik kereta.. berbuka puasa seperti semalamlah jawabnya. Berbuka puasa di dalam kereta..

Hari ini..

Mikail ke klinik. Ada monthly appointment dengan doktor. Berat Mikail sekarang 6.3kg.. Isteri aku yang menghantar anak aku ke klinik. Sejak akhir-akhir ni aku sibuk dengan kerja. Nasib baik isteri aku pandai memandu. Aku semakin yakin dengan kecekapan isteri aku memandu kereta. Al-maklumlah.. muka bumi di tempat tinggal aku ni… bergunung ganang.

Hari ini…

Aku menerima emel ini..

Tempat Pertama

– Handphone Nokia 1650 bernilai RM 189
– Hotlink Sim Card bernilai RM 8
– Voucher Mc Donald bernilai RM 50
– Kupon Diskaun Pakej RahsiaPromosiPercuma bernilai RM 20
– Kupon Diskaun eBook Panduan Banner bernilai RM 20
Spesifikasi handphone Nokia 1650
http://www.nokia.com.my/find-products/all-phones/nokia-1650

Tempat Kedua

– Handphone Nokia 1202 bernilai RM 135
– Hotlink Sim Card bernilai RM 8
– Voucher Mc Donald bernilai RM 20
– Kupon Diskaun Pakej RahsiaPromosiPercuma bernilai RM 15
– Kupon Diskaun eBook Panduan Banner bernilai RM 15
Spesifikasi handphone Nokia 1650
http://www.nokia.com.my/find-products/all-phones/1202

Tempat Ketiga

– Voucher Mc Donald bernilai RM 20
– Kupon Diskaun Pakej RahsiaPromosiPercuma bernilai RM 10
– Kupon Diskaun eBook Panduan Banner bernilai RM 10

BERMINAT, KLIK SINI!

Hari ini..

alah cukup lah.. esok sambung lagi..

4 Comments on “Aku Kepenatan Hari Ini”

  1. zmn skrg, kaum isteri WAJIP blh memandu. utk kemudahan jika berkalu perkara kecemasan & suami tiada masa tu..
    dan..
    kalau suami xmo bwk g shoping, isteri blh pergi sndr… hahahaha!!!

    1. @kakngah,
      itulah kelebihan ieteri yang pandai drive..
      kalau saya malas drive, saya suruh isteri jadi driver.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.