Anggaran Kos Yuran Pendaftaran Murid Sekolah Rendah 2017

bayaran-yuran-sekolah-murid-sekolah-rendah-2017

Sesi persekolahan untuk tahun 2016 bakal berakhir beberapa minggu lagi. Ini bermakna bermulalah episod baru sesi persekolahan bagi tahun 2017 untuk 2 bulan akan datang.

Seperti pada kebiasaannya, setiap penghujung semester kedua pihak sekolah akan memaklumkan para ibubapa dan penjaga yuran yang akan dibayar untuk sesi persekolahan tahun seterusnya.

Tahun 2017, tiga orang anak saya akan bersekolah di sekolah rendah. Menurut jumlah yuran yang perlu dibayar, secara puratanya hampir RM200 seorang. Mujurlah anak-anak bersekolah di sekolah kebangsaan. Kosnya masih mampu dibayar.

Hannah akan mendaftar darjah 1 untuk tahun hadapan dan yurannya sedikit mahal berbanding Mikail (tahun 2) dan kakaknya Amyra (tahun 5) kerana ada pertambahan bayaran bagi ‘KAD 001R’ dan ‘Fail Maklumat Murid’ yang khususnya untuk pendaftaran murid darjah 1 sahaja.

Bagi pelajar darjah 4-6, perlu membeli Buku Nilam dan Buku Kokum.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

14 Comments on “Anggaran Kos Yuran Pendaftaran Murid Sekolah Rendah 2017”

    1. Semuanya kena baru.. baru bersemangat nak sekolah. Bila dah besar sikit kena ajar dorang utk berjimat cermat.. barang sekolah tahun lepas mana yg boleh guna.. tak perlu ganti baru

  1. saya dah mula menabung sejak bulan 10 untuk persediaan persekolahan. sama je cam tahun depan sorang SK dan sorang tadika. mudah2an dipermudahkan

  2. saya pun anak tiga bro….

    memang terasa juga bila hujung tahun begini…

    anak-anak nak tukar baju baru..yang lama dan rosak dan pudar..setahun pakai kan..

    semua ibubapa alami benda yang sama ketika anak anak nak memulakan persekolahan

  3. Tahun depan anak tadika dan sek darjah 1. Darjah 1 tak dapat lagi jumlah yuran.

    Adik pula tadika swasta, yuran naik, katanya kerana perlu ikut gaji minimum yang kerajaan tetapkan

  4. Belanja hangus utk seorg anak (pakaian lengkap [sek keb + sek ren agama] + stationary + yuran [sek keb + sek ren agama]) = RM 1K

    3 org kalu?? RM 3K

    Kena start saving RM 250 per bulan utk persiapan sek..

    Lg cantik, RM 300 (termasuk persiapan hari raya)

    1. Betul tuan.. kena simpan duit utk mereka. Pendidikan anak² perlu diutamakan. Kena konsisten buat simpanan pelajaran mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.