Bantuan Kerajaan RM500 Yang Diselamatkan Nilainya

Syiling Setengah Dinar Public Gold LBMA 2.125g

Alhamdulilah,

Kerajaan Malaysia masih prihatin kepada para penjawat awam seperti saya. Bantuan kerajaan yang lebih popular dipanggil bonus RM500 telah diterima beberapa hari lepas. Besar nilai RM500 tersebut kepada saya dan keluarga.

Pada permulaan, saya bercadang untuk membelanjakan bantuan tersebut untuk membeli barangan keperluan anak-anak seperti pakaian raya dan duit raya mereka.

Terima Bayaran Dari Lazada

Memandangkan rezeki dari perniagaan The Borneo Store dibayar oleh Lazada, jadi perbelanjaan raya anak-anak menggunakan hasil perniagaan ini.

Penjimatan bantuan tersebut dapat dibuat.

Terfikir juga untuk membelanjakan bantuan RM500 itu untuk raya tahun ini dan dijadikan ‘reward’ kepada isteri dan diri sendiri namun tidak jadi. Rasa sayang nak melepaskan nilai RM500 tersebut.

Tukar Duit Kepada Emas

Daripada dibelanja hangus, bagus RM500 itu ditukarkan kepada pembelian emas.

Kebetulan pagi tadi saya ada menghadiri Seminar Percuma Emas Public Gold: Panduan Pantas Emas oleh Saudara Adzlan Yusuf. Semasa seminar ada jualan ‘firesale’ produk emas Public Gold.

Saya merebut peluang membeli syiling setengah dinar (2.125gram) dengan harga RM400 selepas diskaun RM100.

Harga Terkini Syiling Setengah Dinar Public Gold LBMA 2.125g
Harga jualan runcit Setengah Dinar – RM500

Manakala baki RM100 saya akan masukkan ke dalam akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold saya.

Nilai RM500 dari bantuan kerajaan dapat saya selamatkan ke dalam bentuk emas fizikal.

Syiling Setengah Dinar Public Gold LBMA 2.125g
Syiling Setengah Dinar Public Gold LBMA 2.125g

Bentuk dinar emas ini sebesar kad ATM dan mudah untuk disimpan di dalam beg duit. Boleh dibawa ke mana sahaja dan aura emas itu sentiasa bersama saya.

Selepas seminar, saya membawa anak-anak ‘shopping’ raya. Seronok anak-anak dapat pakaian baru.

Bayaran Zakat Sabah RM7.00 Tahun 2017.

Zakat di Sabah RM7.00 tahun ini dan sudah saya langsaikan minggu lepas. Raya kali ini kami bersama ahli keluarga baru. Bertambah sudah tanggungan saya. Zakat yang dulu cuma RM7 x 6 orang tahun ini bertambah RM7 menjadi RM49.

Berminat Nak Beli Emas Public Gold?

Jika anda berminat untuk menyelamatan duit anda ke bentuk emas dan ingin mendapatkan produk emas Public Gold, boleh hubungi saya melalui Whatsapp 0198469629 atau daftar percuma di sini.

Inshaallah, saya akan bantu dan bimbing anda mendapatkan emas pertama anda.

Jom simpan emas untuk masa depan.

Mustaffa bin Yasin
Authorised Dealer Public Gold
Code PG: PG027646

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

26 Comments on “Bantuan Kerajaan RM500 Yang Diselamatkan Nilainya”

    1. kalau sebagai penyimpan saya amalkan konsep beli dan lupakan.. tup tup banyak juga yang dah dikumpul..

      kalau nak melabur.. beli minima 100gram.

  1. bro seorang yang bijak wang..

    perbelanjaan yang berhemah dan pelaburan emas yang baik akan memastikan wang sentiasa ada..

    bagus bro..keep it up

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *