Cara Memohon/Membeli/Menempah Nombor Pendaftaran Kenderaan JPJ

Entri kali ini masih berkait rapat dengan entri sebelum ini iaitu enti berkaitan NCD Insuran Kenderaan.

Urusan ini anda boleh buat sendiri dengan mengunjungi Pejabat JPJ berhampiran anda. Jika tiada masa, pihak runner boleh uruskan namun cas tambahan RM50 ke atas akan dikenakan. Pilihan di tangan anda.

Nombor pendaftaran kenderaan terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) anda boleh rujuk di sini.

Jika berminat untuk membuat tempahan nombor pendaftaran kenderaan JPJ sila sediakan 10 nombor pilihan, manalah tahu nombor yang anda mahukan sudah didaftarkan atas nama individu lain.

Kenapa Perlu Menempah Nombor Pendaftaran Kenderaan Di JPJ?

Sebenarnya kita tidak perlu membuat menempah sebarang nombor pendaftaran kenderaan baru jika kita tiada keperluan atau kepentingan.

Pada permulaan saya tidak terfikir untuk menempah nombor pendaftaran kenderaan, namun berubah fikiran selepas membaca beberapa artikel.

Tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang saya buat lebih kepada ‘sentimental value’.

Kategori Nombor Pendaftaran Kenderaan JPJ

  • Nombor-nombor Bernilai Utama (VVIP) – RM10,000
  • Nombor-nombor Menarik – RM3,000
  • Nombor-nombor Popular – RM300
  • Nombor-nombor Semasa – RM200

Cara Mendapatkan Nombor Pendaftaran Pilihan

Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran:

  • Borang tempahan nombor pendaftaran – Borang M.V. 10
  • Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
  • Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia”.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (individu / syarikat) yang disahkan.
  • Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
  • Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan:

  • Borang tempahan nombor pendaftaran – Borang M.V. 10
  • Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport).
  • Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas):

  • Borang tempahan nombor pendaftaran – Borang M.V. 10
  • Surat Permohonan.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
  • Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).

Faktor Mempengaruhi Harga Nombor Pendaftaran Kenderaan.

Bila kita merujuk faktor mempengaruhi harga, sudah pasti kriteria seperti nombor ringkas (1-3 angka) serta nombor/abjad unik sebagai contoh W1N (seakan-akan ejaan WIN = MENANG).

Selain itu, penjualan nombor plat istimewa seperti G1M, PATRIOT turut mempengaruhi harga nombor pendaftaran tersebut.

Nombor Pendaftaran Kenderaan JPJ PATRIOT
Harga Nombor Pendaftaran PATRIOT – Sumber

Bayaran Tempahan No Plat Kenderaan

Memandangkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan saya bukan dari nombor premium bermakna saya cuma perlu membayar tunai RM210 sahaja.

Jika anda menyertai  bidaan tender bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *