Berapakah Nilai Sekeping Gambar?

Gambar Kenangan Kanak-Kanak

Jika dinilai oleh mata biasa, nilai sekeping gambar adalah amat subjektif.

Adakalanya, seribu keping gambar yang dirakam tidak dapat melawan mahupun menyamai nilai tinggi cuma sekeping gambar.

Mengapa nilai sekeping gambar lebih tinggi dari seribu gambar?

Pada pendapat saya, ada beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti komposisi gambar, siapa jurugambarnya dan momen/masa gambar.

Pada entri ini saya lebih suka untuk merungkai nilai gambar yang dipengaruhi oleh momen. Sering kali kita mendengar ‘golden moment’ kerana momen itu tidak akan berulang lagi seperti hari perkahwinan kita. Cuma sekali seumur hidup. Mana mungkin untuk diulangi untuk kali keduanya.

Tidak seperti sambutan hari jadi, yang boleh disambut setiap tahun.

Baru-baru ini saya terakam gambar anak dan rakan-rakannya semasa kami berkhemah di Sabandar Beach Camping & Water Sport Site, Tuaran.

Gambar dirakam tanpa sengaja dan saya muatnaik di laman Instagram dan Facebook saya. Bila saya lihat semula, baru saya terfikir akan momen tersebut.

Berapakah nilai atau harga gambar tersebut pada 20 tahun akan datang?

Saya sendiri tidak dapat menjawabnya.

Saya sendiri suka melihat kembali gambar-gambar semasa saya masih di alam bayi, kanak-kanak dan remaja.

Sebahagian gambar masih elok dan sebahagian kecilnya sudah ada yang rosak. Mungkin disebabkan cara menyimpan gambar yang silap. Sayang sekali, tiada salinan gambar tersebut.

Bertuah anak-anak sekarang, segala memori mereka disimpan di alam maya dan boleh dilihat pada bila-bila masa sahaja.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

9 Comments on “Berapakah Nilai Sekeping Gambar?”

  1. Sehingga hari ini, masih tercari-cari gambar kanak-kanak aku yang hilang lepas berpindah rumah..momen tu mmg tak boleh diulang, cuma boleh dikenang jak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.