Beraya dengan Superhero!

DSC 2531

Entri ni asalnya semalam aku update. Kerana terlalu penat, laptop pun malas nak sentuh malam tadi.

Tajuk entri ni bukan bohong. Ianya benar dan disahkan! hahaha.. Sebenarnya, aku amat teruja kerana akan beraya dengan cahaya mata kedua aku yang aku anggap Superhero kerana dia adalah Anak Lelaki Pertama Aku & Cucu Lelaki Pertama keluarga aku. Kehadiran Superhero aku, Mikail sememangnya disyukuri kerana keluarga aku memang ketandusan kaum Adam. Kaum Hawa tu memang ramai.

DSC 2470 DSC 2471 DSC 2479 DSC 2497

2 minggu sebelum ‘terbang’ ke Sarawak.. aku rasa semakin bersemangat nak beraya. Pada 16 September 2009.. penerbangan dari KKIA ke Sibu. Aku dah mula menghitung hari. Persiapan raya yang aku buat adalah sederhana sahaja. Setakat ini, baju raya aku cuma sepasang saja dan sedondon dengan isteri aku Nur Fatihah, anak perempuan aku Nacqrisma Mia Amyra dan Superhero Aku Muhamad Nacqris Mikail. Isteri aku adalah 3-4 pasang baju raya. Tema tahun ni warna UNGU atau lebih dikenali warna purple! Tak sabar nak melihat Mikail memakai baju raya yang comel seperti pada gambar di atas/bawah tu!

DSC 2527 DSC 2530 DSC 2532

Raya kali ni memang amat bermakna bagi aku.

22 Comments on “Beraya dengan Superhero!”

  1. my family dua tahun lepas suda pakai ungu. tiap2 tahun set warna, tapi tahun ni tak tau warna apa. aritu suda belikan baju, tudung, kat adik, kakak ngn mak warna merah hati. apa tu, lupa suda warnanya..

  2. fuh nama Nacrisma Mia & Nacris Mikail, sempena nama apa tu bro Mus, gabung nama dgn isteri ke, geram tgk Mikail haha

    1. @ Rjuna – asalnya dari perkataan omputeh yg telah di”melayu”kan.. yg bermakna “rasa ingin bercinta dan ingin dicintai”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.