Meninggalkan Dunia Fotografi DSLR Untuk Seketika

Aputure Trigmaster antara yang dijual.

Saya memang minat seni fotografi sejak dari bangku sekolah lagi. Bermula dengan kamera filem dan memiliki kamera digital dari Fujifilm FinePix yang merupakan kamera digital pertama saya semasa latihan industri saya di Politeknik Kuching, Matang Sarawak.

Seterusnya, selepas bekerja saya membeli kamera jenis Digital Single Lens Reflex (DSLR) pertama saya Nikon D60 yang masih berfungsi sehingga ke hari ini. Selepas beberapa tahun bekerja, saya ‘upgrade’ kamera dari ‘beginner’ ke ‘Semi pro’ dengan membeli Nikon D7000 untuk mencapai kepuasan sendiri mengambil gambar.

Sepanjang menggunakan kamera, banyak ilmu fotografi telah dipelajari. Alhamdulillah, dengan sedikit kemahiran yang ada, artikel dan gambar saya diterima dan diterbitkan di akhbar tempatan. Manisnya kenangan.

Malangnya, kamera Nikon D7000 saya sudah mula menunjukkan kerosakkan dan perlu dihantar ke Nikon Centre untuk servis. Jadi, mood untuk bermain kamera semakin berkurangan.

Rentetan masalah itu, hari ini saya mengambil keputusan untuk meninggalkan sementara dunia fotografi DSLR dan menjual segala aksesori seperti lens, speedlight, trigger & recevier yang ada kerana saya juga memerlukan tunai segera. Nikon D7000 saya akan simpan sahaja dulu dan ada rezeki nanti barulah dihantar untuk servis. D60 pula saya akan simpan masuk ‘muzium’.

Oh ya, tunai segera yang saya maksudkan adalah dana untuk projek hartanah secara kecil-kecilan (rumah sewa).

Rumah yang saya beli baru-baru ini akan saya jadikan rumah sewa dan perlukan kerja pembaikan. Maka, dana untuk tambahan untuk pembaikan ini diperolehi dari hasil jualan perkakasan kamera saya.

Permintaan rumah sewa agak baik kerana terletak di kawasan ‘hot’ Unimas, Uitm Samarahan, Intan Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan beberapa tarikan lain. In sha Allah.. ‘positive cash flow’..

Aputure Trigmaster antara yang dijual.
Aputure Trigmaster antara yang dijual.

Setakat ini sudah mencapai sasaran kewangan untuk projek tersebut. Beberapa aksesori kamera masih lagiĀ  mencari pemilik baru.

Untuk menghilangkan rindu dengan dengan dunia fotografi, cukuplah sekadar menggunakan telefon bimbit dan kemasikini gambar di akaun instagram saya.

Selepas semuanya stabil, saya bercadang akan kembali semula dengan gear baru lebih kompak.

In sha Allah..

Mirorrless..

Amin..

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Meninggalkan Dunia Fotografi DSLR Untuk Seketika”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.