Bersediakah Menghadapi Gempa Bumi?

Bersedia Menghadapi Bencana Gempa Bumi

Baru-baru ini bumi Sabah digegarkan dengan kejadian gempa bumi berskala 5.9 skala richter yang berpusat di Ranau, Sabah. Pagi yang cerah dan tiada apa-apa tanda yang mencurigakan.

Perjalanan ke pejabat agak cepat kerana keadaan trafik yang kurang disebabkan cuti sekolah. Anak-anak semasa saya ke pejabat ada yang masih lagi tidur. Biasalah, bangun lewat sedikit semasa cuti sekolah.

Sesampai di pejabat, terus ‘punch in’ pada jam lebih kurang 7.20 pagi. Rakan-rakan pejabat lain kelihatan gelisah dan bergegas turun dari bangunan pejabat.

Saya kehairanan..

Seorang rakan memberitahu ada gegaran berlaku. Maksudnya gegaran tersebut adalah gempa bumi. Namun saya tidak merasai gegaran tersebut, mungkin kerana masih berada di atas motorsikal semasa ke pejabat. Kejadian gegaran pula berlaku pada jam 7.15 pagi.

Isteri menelefon memberitahu kejadian gegaran di rumah. Hati mula gelisah.

Alhamdulillah, isteri bertindak pantas membawa anak-anak ke kawasan lapang di kawasan perumahan. Isteri menunggu beberapa jam sebelum kembali ke rumah mengemas barang. Isteri sempat mengemaskan barang-barang penting dan segera dimasukkan dalam ‘boot’ kereta.

Pada sebelah petang, barulah isteri dan anak-anak kembali ke rumah.

Sejak kejadian itu, anak-anak seakan-akan trauma dan agak sensitif bila mendengar bunyi bising. Pandai pula mereka bersedia untuk keluar rumah.

Perkara yang jarang berlaku menyebabkan tiada persediaan langsung menghadapinya.

Bersedia Menghadapi Bencana Gempa Bumi

Untuk beberapa hari ini selepas berlaku beberapa gegaran susulan, barang-barang siap disediakan di tepi pintu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku lagi gegaran.

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Bersediakah Menghadapi Gempa Bumi?”

  1. Masa sekolah dahulu guru Geografi mengatakan negara kita terselamat dari bencana gempa bumi dan gunung berapi aktif kerena terletak diluar lingkaran Api Spasifik. Apa yang berlaku sekarang ini ternyata meleset selamat sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.