Cara Dapat Duit Cepat Dengan Emas Atau Kad Kredit?

Cara Dapat Duit Cepat

Cara Dapat Duit Cepat – Sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas daripada melalui saat-saat kewangan yang genting. Adakah anda pernah melaluinya? Saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri mengenai kad kredit.

Lebih kurang 10 tahun yang lepas, semasa baru sahaja mendapatkan pekerjaan sebagai kuli di tapak pembinaan saat-saat ‘pokai’ adalah lumrah bagi saya. Kehidupan yang masih ‘baru’ mengenal dunia pekerjaan sesekali saya menebalkan muka meminta bantuan dengan orang tua saya.

Syukurlah, ketika itu saya ‘tidak layak’ memohon sebarang kad kredit dan sememangnya saya tiada Cara Dapat Duit Cepat

Alhamdulillah, 2 tahun kemudian saya mendapat pekerjaan yang lebih baik dengan bekerja di sektor awam. Di sinilah detik hitam sejarah kewangan saya. Saya sendiri yang masih muda ketika itu memang tiada belajar  ilmu pengurusan kewangan. Saya terjebak dengan penggunaan kad kredit. Tujuannya satu sahaja iaitu ingin merasa duit yang banyak dengan kadar yang cepat.

Kad Kredit Digunakan Bila Perlu Atau Masa Kecemasan.

Nafsu berbelanja memang sukar dibendung dan ditambah dengan komitmen yang kecil, maka peluang untuk lulus permohonan kad kredit adalah cerah.

Ketika itu, saya tidak tahu apakah definisi ‘Bila Perlu’ dan ‘Masa Kecemasan” dan ianya amat subjektif. Di sinilah saya menyalahguna kemudahan kad kredit. Saya guna kad kredit sehingga habis had.

Akhirnya, bila habis had kad kredit barulah saya sedar kesilapan yang sudah saya lakukan.

Saya mula membaca buku mengenai pengurusan hutang dan cara membayar hutang khasnya kad kredit dengan cepat dan efektif.  Antaranya konsisten membayar kad kredit walau apa jua keadaan kewangan saya. Saya lakukan beberapa kerja sampingan dan akhirnya berjaya melangsaikan hutang kad kredit saya.

Selepas berjaya dilangsaikan saya terus memotong kad kredit saya dan saya kini bebas dari belenggu kad kredit.

Kad kredit adalah kemudahan, namun kes salahguna akan menjadikannya jerat yang kita sendiri tidak menyedarinya.

Mula Membeli Dan Menyimpan Emas

Produk emas Public Gold
Produk emas Public Gold

Hampir 1 tahun bebas dari belenggu hutang kad kredit, saya mula membeli emas. Ini juga adalah kesan dari pembacaan buku kewangan yang saya baca sebelum ini.

Agak lama juga masa saya habiskan mencari jenis emas yang sesuai untuk beli dan mudah untuk dicairkan. Akhirnya saya diperkenalkan oleh seorang rakan sekolah dengan Public Gold. Sejak detik itu, bermulalah saya membeli dan mengumpul emas. Saya suka membeli dinar berbanding bar.

Saya tetapkan minimum pembelian adalah RM200.

Antara Kad Kredit Dan Emas

Kedua-duanya memang akan kita bayangkan duit.

Kad Kredit – Kita mudah berbelanja dan kemudian perlu dibayar hutangnya. Hutang habis dibayar dan kita cuma akan ada sekeping ‘kad hutang’ yang berpotensi untuk digunakan semula.

Emas – Bila kita memiliki emas, dalam 10-15 minit kita berupaya menjadikannya duit dengan cara pajak gadai di Arrahnu.  Walalupun tujuannya sama untuk mendapatkan duit, namun pengakhirannya amatlah berbeza.

Selepas kita berjaya menebus pinjaman yang bercagarkan emas, maka di sinilah perbezaannya kita nampak dengan jelas.

Bayar hutang kad kredit akan kita tetap akan ada kad kredit kosong had perbelanjaannya. Namun, emas yang digadai pula kita akan mendapat emas yang dicagarkan kepada Arrahnu. Emas tersebut mungkin nilainya sudah meningkat mengikut harga emas semasa.

Anda perlu memiliki kad kredit? Ianya bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda. Ingat, jika gagal melunaskan hutang , kita akan jatuh bankrap.

Sejauh manakah definisi  ‘masa kecemasan’ anda??

Jadi bagi saya lebih untung memiliki emas daripada kad kredit jika perlu digunakan saat kecemasan.

Daftar/Pembelian Emas Public Gold

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

7 Comments on “Cara Dapat Duit Cepat Dengan Emas Atau Kad Kredit?”

  1. Saat-saat kecemasan tu memang subjektif. Baru-baru ni, kucing saya kena tahan wad. Terpaksa bayar guna kad kredit, sebab tak cukup cash.

    Bagi orang yang tak suka kucing atau yang tak bela kucing, berbelanja hampir ribuan ringgit untuk kos rawatan kucing, adalah tak masuk akal dan nampak membazir.

    Bagi yang memang sayangkan kucing, ianya adalah perbelanjaan yang perlu dilakukan dan satu lagi contoh perbelanjaan kecemasan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *