Cara Kreatif Bantu Anak Siapkan Kerja Sekolah

Anak-anak memang suka buat ‘pening kepala’.

Tapi tidak mengapa kerana pengalaman lalu banyak mengajar erti kehidupan kepada saya. Kekurangan yang pernah dilalui semasa masih kecil memberi kelebihan kepada saya pada masa ini.

Lupa Siapkan Kerja Sekolah

Anak-anak masing-masing ada karenahnya. Minggu lepas, Mikail memberitahu cikgu pendidikan seninya memberikan tugasan kerja sekolah untuk membuat topeng.

Kerja sekolahnya perlu disiapkan segera.

Dia teringat kerja sekolah tersebut beberapa minit sebelum tidur. Maka, gelisahlah dia dan risau jika topeng tersebut tidak dapat disiapkan menjelang petang esok (sekolah sesi petang).

Pagi esoknya kena ke sekolah agama pula dan pasti tidak sempat menyiapkan tugasan tersebut.

Jadi, untuk menyelamatkan keadaan, saya tawarkan diri untuk bantu dia siapkan kerja sekolah tersebut.

Halangan SIapkan Kerja Sekolah.

Dua perkara yang menjadi halangan sebelum membuat topeng;

  • Templat topeng kena cetak dari internet.
  • Tiada gam.

Nasib baik peralatan seperti pensel warna, kertas A4, kad manila, reben semuanya ada. Kebetulan saya baru sahaja membeli dakwat pencetak, maka masalah pertama dapat di atasi.

Tetapi gam pula menjadi masalah besar. Amyra dan Hannah pun tiada gam malam tersebut. Habis juga kata mereka.

Saya dapat idea.

Dulu-dulu masa sekolah rendah pernah juga saya tiada ada gam. Mak ajar supaya guna nasi. Syukurlah, nasi dalam periuk masih ada malam tersebut.

Bagaimana Nasi Jadi Gam?

Mikail terkejut, bagaimana nasi boleh jadi gam?

Saya terangkan, nasi ada kanji. Gam pun dibuat dari kanji. Konsepnya, kanji akan melekat apabila kering. Dia mengangguk faham dan belajar perkara baru malam tersebut.

Hampir setengah jam, kerja tersebut dapat disiapkan dan Mikail lambat tidur.

Pengajaran baginya, semua kerja sekolah kena tulis dalam buku nota kecil (dia memang ada buku hutang 555) dan peralatan sekolah kena lengkap.

Sebelah paginya, sibuk dia bercerita yang nasi boleh jadi gam.

3 Replies to “Cara Kreatif Bantu Anak Siapkan Kerja Sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *