Pengalaman Pindah NCD Insuran Kereta Lama Ke Kereta Baru

Pindah NCD Insuran Kereta

Baru-baru ini saya sendiri menguruskan perpindahan nilai NCD (Non Claim Discount) insuran kereta lama ke kereta baru.

Pada permulaannya, saya menyerahkan segala urusan kepada ‘dealer’ kereta kerana mereka tawarkan dalam pakej pembelian kereta baru.

Namun, proses perpindahan NCD tersebut tidak dapat diteruskan.

Info: Kadar No Claim Discount (NCD)

  • Tahun Pertama: 0%
  • Tahun Kedua: 25%
  • Tahun Ketiga: 30%
  • Tahun Empat: 38.33%
  • Tahun Kelima: 45%
  • Tahun Keenam & seterusnya: 55%

Kenapa Tidak Boleh Pindah NCD tersebut?

  1. Menurut ‘dealer’, pindah NCD mestilah dilakukan penama dalam insuran kenderaan dan mereka tidak boleh berbuat demikian.
  2. Syarat penting juga, insuran kereta lama masih ada nilai NCD dan bermakna kita tidak pernah tuntut insuran disebabkan kemalangan dan polisi insuran mestilah masih sah.

Oleh kerana masalah saya cuma pada bahagian 1, saya pergi ke pejabat insurans dan bawa kad pengenalan serta tunai.

Kenapa perlu bawa tunai?

Kita perlu membayar baki  premium insuran kereta lama yang masih tinggal. Sebagai contoh, insuran saya tamat pada bulan 6/2017 , dan sekarang masih bulan 4/2017.  Saya kena ‘cover’ insuran untuk bulan 5 dan 6.

Disebabkan tidak pernah berurusan menukar NCD, bimbang juga amaun baki yang banyak perlu dibayar.

Rupanya, saya perlu bayar RM82.00++ sahaja pada hari tersebut.

Selesai sahaja pembayaran dan perpindahan NCD, satu surat notis yang mengesahan bahawa NCD kereta lama sudah dikeluarkan akan diberikan kepada kita.

Surat notis tersebut boleh diserahkan kepada pihak ‘dealer’ untuk urusan insuran kereta baru.

Selepas Pindah NCD, Macam Mana Kereta Lama?

Selepas NCD dipindahkan ke kereta baru, nilai NCD pada kereta lama menjadi 0% semula.

Sebagai contoh, jika insuran kereta lama RM600 dan ditolak NCD 55% (RM330), kita perlu bayar

RM600 – RM330 = RM270

Tetapi,

Apabila nilai NCD kereta lama menjadi 0%, kita perlu bayar penuh RM600 kerana nilai NCD sudah dipindahkan ke kereta baru.

** Nota: Pengiraan di atas adalah contoh sahaja. Tidak mengambilkira cukai lain.

Kenapa Kena Pindah NCD? Banyak Urusan!

Jawapan saya ringkas,

JIMAT.

Pindah NCD ke insuran kereta baru melayakkan kita mendapat diskaun 55% (bergantung kepada nilai NCD kereta lama) dan banyak penjimatan boleh dibuat.

Contohnya, bayangkan insuran kereta baru kena bayar RM2400.

Selepas ditolak NCD  55% RM1320, hanya perlu bayar RM1080 sahaja.

Jadi penjimatannya,

RM1080 (kereta baru) – RM600 (kereta lama) = RM480

Namun bila berlaku kemalangan, sama ada kerta baru atau lama, nilai NCD  akan menjadi 0% semula.

Nota:

Jika ada sebarang kesilapan pada artikel ini sila maklumkan kepada saya. Tulisan ini berdasarkan pemahaman saya.

Servis ETIQA Asia City KK memang terbaik, cepat.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

7 Comments on “Pengalaman Pindah NCD Insuran Kereta Lama Ke Kereta Baru”

  1. Ok dapat dah gambaran macam mana nak pindah ncd kereta.
    Memang boleh jimat banyak.
    Patutlah harga kereta masih ada pilihan harga tanpa insuran sebab boleh guna ncd kereta lama jadi akan lebh jimat dan berbeza-beza harga akhir sesebuah kereta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *