Cara Untuk Teman Isteri Masuk Dewan Bersalin Di Hospital

Borang Kebenaran Program Father Friendly Hospital Bersalin Likas Sabah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT.

Isteri tengah mengandung anak yang ke-5. Jika tiada aral melintang, inshaallah hari kelahirannya hampir dengan dengan hari lahir saya sendiri.

Siang tadi isteri berjumpa doktor pakar di Hospital Ibu dan Kanak-Kanak, Likas. Ramainya ibu-ibu mengandung di sana.

Kandungan isteri sihat dan kesihatan isteri saya juga pun baik dan stabil. Isteri saya ‘obes’ (seperti saya juga :p ) dan agak berisiko terkena penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun, semuanya ok setakat ini.

Jantina bayi sudah diketahui.. doktor yang sahkan. Kami tidak kisah apa sahaja jantinanya.. cukuplah bayi sihat hendaknya.

Borang Kebenaran Program Father Friendly Hospital Bersalin Likas Sabah

Alang-alang sudah berada di sana, isteri meminta saya temankannya bersalin nanti. Bagi saya, sudah tiga kali pengalaman berada di dalam dewan bersalin dan tiada sebarang masalah bagi saya.

Cukup kita beri semangat kepada isteri dan biarlah para doktor dan pegawai perubatan yang menjalankan tugasnya.

Bagi yang teringin masuk dewan bersalin (Father Friendly) dan melihat secara langsung proses kelahiran bayi anda, boleh bertanya di hospital yang terhampir (tempat ibu bersalin) dengan anda.

Ikuti segala prosedur dan peraturannya.

 

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Cara Untuk Teman Isteri Masuk Dewan Bersalin Di Hospital”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.