Jalan Darat Sabah ke Sarawak (Tuaran Ke Roban)

Toyota Wish 1.8 (ZGE20 Dashboard)

Alhamdulillah..

Misi balik kampung beraya melalui Jalan Darat Sabah ke Sarawak dan kemudian ke Sabah semula sudah dilalui dengan selamat dan segalanya dipermudahkan.

Sebelum ini 2012 kami juga pernah melalui jalan darat balik beraya dari Tuaran Sabah ke Kuching Sarawak.

Berikut saya kongsikan sedikit info perjalanan kami untuk rujukan anda. Corak pemanduan saya adalah ‘slow and steady’ tambahan ada bawa anak kecil (Baby Zea).  Tidak perlu tergesa-gesa kerana semuanya sudah dirancang sebaiknya.

Sebelum Balik Kampung

  • Pastikan ada membuat salinan geran kenderaan (kena isi borang kebenaran bawa masuk kenderaan di Brunei).
  • Pasport Terhad Masuk Brunei (Pasport Biru) atau Pasport Antarabangsa (Pasport Merah).
  • Sedikit duit not Brunei (untuk tol Jambatan Rasau dan keperluan lain jika perlu). Tak ada duit pun, bawa emas Public Gold pun boleh.
  • Peta Offline Google (Muat turun peta Lawas ke Miri).
  • Kenderaan diservis sempurna. Kalau rosak di Brunei memang parahlah.
  • Isi minyak tangki penuh sebelum masuk Brunei. Manalah tahu sesat jalan.
  • Pastikan kenderaan bebas cermin gelap dan modifikasi.

Pos Kawalan Imigresen dan Kastam yang perlu dilalui;

  1. Pos Kawalan Imigresen Sindumin, Sabah – Pos Kawalan Imigresen Merapok (Lawas), Sarawak
  2. Pos Kawalan Imigresen Mengkalap (Lawas), Sarawak – Pos Kawalan Imigresen Labu (Temburong), Brunei
  3. Pos Kawalan Imigresen Puni (Temburong), Brunei – Pos Kawalan Imigresen Pandaruan (Limbang), Sarawak
  4. Pos Kawalan Imigresen Tedungan (Limbang), Sarawak – Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Brunei
  5. Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh(Kuala Belait), Brunei – Pos Kawalan Imgresen Sungai Tujoh (Miri), Sarawak.

Nota: Pos kawalan ini dibuka dari pukul 6.00 pagi sehingga 12.00 malam.

Tol yang perlu dilalui;

  1. Tol Jambatan Rasau (Brunei) – RM10/ $3
  2. Tol Sungai Tujuh Miri (Malaysia) – Percuma

Sesi 1: Perjalanan Tuaran, Sabah Ke Roban, Sarawak – 17 Jun 2017 (Sabtu)

Toyota Wish 1.8 (ZGE20 Dashboard)
Tuaran (Isi penuh 60liter)
  • Tuaran
    Jam 4.00 pagi
    Nota: Isi penuh 60 liter RON95 di Petron Telipok
  • Tuaran-sindumin
    177km
    7.02 pagi
  • Tuaran-Lawas
    7.30 pagi
Toyota Wish 1.8 Perjalanan Dari Tuaran Sabah Ke Miri Sarawak
Perjalanan Dari Tuaran Sabah Ke Miri Sarawak
  • Tuaran-Limbang
    8.45 pagi
    Nota: Peta laluan Lawas ke Limbang melalui Brunei
  • Tuaran – Miri
    Jarak : 461.3km
    Jam Ketibaan: 1.16pm
    Bayaran Tol: Jambatan Rasau (Brunei) RM10 / $3
    Nota: Peta laluan Limbang ke Sungai Tujuh Miri (melalui Seria Bypass Brunei)
Perjalanan Dari Tuaran Sabah Ke Bintulu Sarawak
Perjalanan Dari Tuaran Sabah Ke Bintulu Sarawak
  • Tuaran – Bintulu
    Jarak: 653km
    Jam Ketibaan: 4.03pm
    Nota: Isi RM30 RON95 di Petronas Kidurong
  • Tuaran – Tatau
    Jarak: 719km
    Jam Ketibaan: 5.57pm
  • Tuaran – Stapang (Batang Oya)
    Jarak: 830km
    Jam Ketibaan: 7.18pm
  • Tuaran – Airport Sibu
    Jarak: 861km
    Jam Ketibaan: 7.53 malam
  • Tuaran – Sarikei
    Jarak: 942km
    Jam Ketibaan: 9.07 malam
Perjalanan Dari Tuaran Sabah Ke Roban Sarawak
Perjalanan Dari Tuaran Sabah Ke Roban Sarawak
  • Tuaran – Roban
    Jarak: 975.2km
    Jam Ketibaan: 9.38 malam
    ..

    Ringkasan

  • Kenderaan: Toyota Wish 1.8s (2011)
  • Purata Kelajuan – 80-100km/j
  • Eco Mode – 90%
  • Sport Mode -10%
  • Kos minyak – RM150 (lebih kurang)
  • Jumlah perjalanan – 975.2km
  • Masa perjalanan – 17 jam (berhenti-henti)

p/s: saya akan sambung pula perjalanan dari Roban ke Kuching pada entri yang akan datang.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

10 Comments on “Jalan Darat Sabah ke Sarawak (Tuaran Ke Roban)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *