Categories
Perniagaan

Cara Mudah Dan Jimat Masa Mengesan Kiriman Pos

Mengesan Kiriman Pos adalah rutin harian saya. Setelah hampir satu tahun berkecimpung dalam perniagaan dalam talian, pelbagai cabaran yang telah dilalui.

Sebagai pemain baru dalam industri atas talian, banyak perkara yang perlu dipelajari. Banyak kemudahan dan teknologi yang boleh membatu melancarkan lagi perniagaan tetapi tidak ada pendedahan. Kali ini saya kongsikan artikel mengenai urusan pos.

Sebelum ini juga, saya pernah berkongsi cara membuat kiriman barang dengan murah dan mudah, boleh rujuk pada artikel Jimat RM113.50 Pos Barang Ke Sabah Dengan EasyParcel.

Adat berniaga, adakala tempahan diterima di luar jangka dan ada masa pula adalah sebaliknya. Kesediaan menerima dan mengurus tempahan yang banyak sesekali akan terjadi kiriman yang dipos akan lambat diterima atau tidak dapat dihantar kepada pelanggan. Kita terpaksa merujuk kepada penyedia kurier seperti pos laju untuk mengetahu kedudukan kiriman yang sudah dibuat.

Jadi, saya ingin kongsikan cara mudah Mengesan Kiriman Pos yang dibuat tanpa kita bersusah payah membuat pengesanan secara manual kiriman pos tersebut. Hanya beberapa klik sahaja diperlukan.

Mengesan Kiriman Pos Menggunakan Web Tracking.my

Pada masa ini, terdapat beberapa penyedia platform pengesan kiriman pos menggunakan laman web ditemui. Namun saya lebih tertarik kepada laman web tracking.my. Ini adalah reviu saya setelah menggunakan web ini dan artikel reviu ni bukan pos berbayar ya.

Tracking.my – Malaysia’s Largest Shipment Tracking Platform

Kelebihan yang terdapat di laman web tracking.my adalah seperti berikut;

Kesan hampir 60 syarikat kurier

Ya, 60 syarikat. Kita tidak perlu membuka banyak web syarikat kurier, cuma perlu sediakan nombor ‘tracking’ sahaja kemudian mulakan carian pengesanan kiriman.

Notifikasi status kiriman

Jika kita menguruskan banyak kiriman setiap hari, sudah pasti tiada masa membuat semakan kududukan kiriman. Namun dengan web ini, cuma perlu masukkan nombor tracking, alamat emel dan nombor telefon. Setiap kali ada pergerakan pada kiriman, ianya terus dihantar ke emel yang telah dimasukkan.

Auto Track Pos
Auto Track Pos – masukkan emel dan nombor telefon.
Mengesan Kiriman Pos Menggunakan Web Tracking.my
Emel notifikasi diterima.

Mudah dan jimat masa

Kita tidak perlu buka banyak laman web. Semoga perkongsian ringkas ini membantu melancarkan lagi pernigaan atas talian anda ya.

Share artikel ini jika memberi manfaat kepada anda.

Categories
Perniagaan

Daftar Pertandingan Rural Business Challenge (RBC) KKLW Di CeoDesa.my

Rural Business Challenge (RBC) Transformasi Belia Desa anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) membuka penyertaan terbaru dengan hadiah utama berupa geran pembiayaan perniagaan bernilai RM1 juta.

SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN

Terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun pada tarikh tutup pertandingan.

Penyertaan terdiri daripada :

  • Perseorangan atau lebih; atau
  • Syarikat Enterprise,   perkongsiandan syarikat Sdn. Bhd. (bagi syarikat perkongsian hendaklah dianggotai sepenuhnya oleh belia);

Pertandingan dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:

Categories
Perniagaan

Program Usahawan Bergerak MobilePreneur@KKLW

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) memang diketahui umum dan sinonim dengan program-program yang boleh membantu belia dan golongan berpendapatan rendah  dalam aktiviti meningkatkan pendapatan.

Bukan sahaja bantuan diberikan melalui latihan, kali ini KKLW menawarkan bantuan memulakan perniagaan yang diberikan nama MobilePreneur@KKLW

Dengan kemahiran yang ada, serta memenuhi syarat yang diperlukan, anda boleh memohon bantuan usahawan melalui program tersebut.

Bidang Yang Ditawarkan MobilePreneur@KKLW

Anda boleh memilih salah satu bidang yang anda berkelayakan dan minati. Di antaranya adalah seperti;

 

  • Automotif
  • Penghawa Dingin
  • Elektrikal
  • Baiki Motorsikal
  • Senggaraan Bangunan
  • Senggaraan Paip
  • Kimpalan
  • Jahitan
  • Fotografi
  • Komputer
  • Elektronik Industri
  • Spa dan Kecantikan
  • Gunting dan Dandanan Rambut
Categories
Perniagaan

The Borneo Store – Web Jual Beli Produk Tempatan Sabah Sarawak

Laman beli-belah atas talian The Borneo Store (TBS) merupakan projek web yang sudah lama saya rancang. Rasanya sudah hampir 2 tahun  sebelum ianya saya realisasikan secara maya dan nyata.

Berpadanan dengan menggunakan nama Borneo, web jualan ini fokus kepada menjual produk tempatan Sabah dan Sarawak sahaja ketika ini. Belum lagi melebarkan sayap ke negara jiran seperti Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

Saya menawarkan produk yang sudah ada nama dipersada dunia seperti Kopi Tenom (paling laku) ketika ini.

Kopi Tenom & Teh Sabah
Antara Produk Popular Kopi Tenom & Teh Sabah

Di samping itu, saya ada memasarkan produk makanan tradisional seperti jeruk tuhau, ikan beliking bagi negeri Sabah.

Categories
Perniagaan

Jimat RM113.50 Pos Barang Ke Sabah Dengan EasyParcel

Pos Ke Sabah Murah Dengan EasyParcel (1)

Alhamdulillah..

Parcel yang dihantar dari Sarawak seperti entri sebelum ini “Pos Barang Murah Dan Mudah Menggunakan EasyParcel” kini selamat sampai di Sabah. Urusan pos ini mengambil masa 2 hari menggunakan kurier   pihak Skynet atas alasan ‘CANNOT DELIVER SAME DAY DUE TO LATE FLIGHT/LINEHAUL ARRIVAL’.

Bagi saya, perkhidmatan EasyParcel dan Skynet memuaskan setakat ini. Sudah pasti akan menggunakannya lagi pada masa akan datang.

Tidak perlu ke kaunter.

Bagi rakan-rakan peniaga boleh mencuba sendiri EasyParcel. Barang diambil oleh pihak kurier di depan pintu rumah. Tidak perlu beratur panjang membuat kiriman melalui kaunter.

Cuma perlu diingatkan perlu ada kredit yang cukup dan perlu ada pencetak untuk mencetak ‘air waybill’ pihak kurier.

Daftar sekarang dan dapatkan Kredit Percuma RM25.00

Pos Ke Sabah Murah Dengan EasyParcel (2)

Menggunakan EasyParcel saya telah jimat sebanyak RM113.50 dan boleh membuat kiriman sebanyak 4 kali kiriman yang sama.

Kiriman yang sama,

Berat yang sama,

Destinasi yang sama,

Kenapa perlu bayar lebih?

Jom, EasyParcel

Categories
Perniagaan

Pos Barang Murah Dan Mudah Menggunakan EasyParcel

Pos Barang Murah Dan Mudah Menggunakan EasyParcel (1)

Pembelian barang dalam talian merupakan trend terkini. Segala-galanya boleh dibeli selagi ada kemampuan kredit/wang. Cuma taip dan dengan beberapa klik, pesanan dihantar dan barang tiba di depan rumah.

Namun bagi peniaga pula, untuk menjual sesuatu produk, selain menerima tempahan dan pembungkusan, kerja membuat kiriman barang juga antara langkah penting dalam perniagaan dalam talian.

Saya sendiri baru-baru ini sudah bermula membuat perniagaan dalam talian secara kecil-kecilan. Saya menjual kain Batik Songket Sarawak yang tengah popular sekarang. Sebagai peniaga yang baru memulakan perniagaan, banyak aspek perlu dipertimbangkan. Namun dari segi kos kiriman barang memang ternyata memakan kos yang agak besar.

Sebagai alternatif untuk mengurangkan kos tersebut, saya baru sahaja mencuba servis EasyParcel untuk mengambil stok kain dari Sarawak dan dipos ke Sabah.

Easyparcel merupakan platfom tempahan pihak kurier dalam talian dengan paparan berbezaan kadar dari pihak kurier  seperti PosLaju, Skynet, Airpak, Nationwide Express dan lain-lain.

Cuba anda perhatikan beza kos penghantaran di bawah;

Pos Barang Murah Dan Mudah Menggunakan EasyParcel (1)
Barang yang sama, detinasi sama, berat sama. Banyak bezanya.

Dengan adanya perbezaan kadar di atas, mudah bagi saya membuat pilihan kurier yang sesuai dengan bajet.

Sebagai permulaan, saya baru mencuba membuat kiriman barang seberat 15kg sahaja dan memilih SkyNet  RM27.40 dengan beza RM113.50  jika menggunakan PosLaju.

Jika servisnya bagus, sudah pasti saya akan guna lagi pada masa akan datang.

Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum menggunakan EasyParcel adalah;

  • Perlu mendaftar sebagai ahli EasyParcel (anda akan dapat kredit percuma RM25)
  • Perlu ada mesin pencetak untuk mencetak Air Way Bill (AWB)/resit kiriman parcel.
  • Perlu menambah nilai kredit (Top-up) jika kredit tidak mencukupi.
Pos Barang Murah Dan Mudah Menggunakan EasyParcel (2)Pos Barang Murah Dan Mudah Menggunakan EasyParcel (2)
Anda perlu cetak ‘Air Waybill’
Pakej Top-up Kredit

Sekarang kiriman saya dalam perjalanan ke Sabah. Anda boleh ‘track’ kiriman anda dengan mudah.

Pos Barang Murah Dan Mudah Menggunakan EasyParcel (3)

Entri ini bersambung untuk bahagian kedua, selepas menerima kiriman tersebut..

Categories
Kerja Perniagaan

Daftar Lesen Kontraktor- Pendaftaran Baru Kontraktor G1 Bumiputera

Pendaftaran Baru Kontraktor G1 Bumiputera

Pemakluman bahawa permohonan Pendaftaran Dibuka Mulai 1 Jun 2015 Sehingga 31 Disember 2015 dan permohonan hendaklah dikemukakan di Pejabat ‘Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU) Cawangan Negeri’.

Untuk maklumat lanjut sila klik :

-Brosur: http://goo.gl/duymaE

-Senarai semak Permohonan Taraf Bumiputera: http://goo.gl/WgwgHn

-Borang Permohonan Taraf Bumputera: http://goo.gl/OmWFnr

-Borang Permohonan perakuan pendaftaran kontraktor (PPK) & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK): http://goo.gl/5f7Fho

Sila hubungi talian CARELINE CIDB di 1-300-88-2432(CIDB) atau menerusi sistem e-bantuan kami ebantuan.cidb.gov.my atau email kepada kami di cidb@cidb.gov.my jika terdapat pertanyaan, aduan, cadangan dan maklumbalas.

Untuk maklumbalas sms:
CIDB<jarak>ebantuan<jarak>maklumbalas anda dan hantar ke 15888

Terima kasih

Ikuti CIDB di laman sosial-
Facebook : CIDBOfficial
Twitter : CIDB_Official
Instagram : cidbmalaysia

Categories
Perniagaan

Mencari Agen Kerepek Popia Cheese – Nur Fatihah Enterprise

Agen Kerepek Popia Cheese

Alhamdulillah..

Projek Kerepek Popia Cheese yang kami mula jalankan selepas Raya Aidilfitri yang lepas semakin berjalan dengan rancak. Saya sendiri sering membuat penghantaran ke kedai-kedai dan rakan-rakan agen.

Buat masa ini kami cuma menyasarkan jualan sekitar Tuaran dan Kota Kinabalu sahaja. Beberapa kekangan seperti tenaga kerja dan tempat membuat masih menjadi halangan.

Insyaallah..

Perancangan akan datang, kami akan meluaskan lagi pasaran dan mencari tempat yang sesuai untuk memproses kerepek sambil mencari beberapa orang pekerja.

Kerepek Popia Cheese

Rutin waktu pagi kini berubah. Bergerak awal dari rumah dan menghantar stok kepada agen. Selepas itu terus masuk ke pejabat.

Bagi rakan-rakan yang berminat menjadi agen Kerepek Popia Cheese, tawaran harga menarik untuk anda.

Harga Agen: RM1.50
Harga Runcit : RM2.00
* Pembelian minima 20 bungkus

Jika berminat, sila hubungi saya  di talian 019-8469629

Categories
Perniagaan

Mempelbagaikan Produk Perniagaan, Tepung ‘Easy To Bake’

Label Tepung Ready To Bake

Alhamdulillah,

Hampir dua bulan sudah bersama isteri berniaga secara kecil-kecilan. Produk Cheesekut dan Kek Lapis semakin dikenali ramai. Melekat nombor telefon pada setiap barang jualan banyak membantu memasarkan produk kami.

Kami dalam perancangan untuk menjual produk Tepung ‘Easy To Bake’ untuk membuat beberapa jenis kek, wafer dan muffin.Tepung ini juga dikenali sebagai Tepung Premix, Tepung Pra-Campur dan beberapa nama lain. Memang mudah membuat kek dengan tepung ini, cuma tambah beberapa bahan lain seperti telur, mentega, minyak masak (bergantung kepada resipi). Harganya juga berpatutan.