Meninggalkan Dunia Fotografi DSLR Untuk Seketika

Aputure Trigmaster antara yang dijual.

Saya memang minat seni fotografi sejak dari bangku sekolah lagi. Bermula dengan kamera filem dan memiliki kamera digital dari Fujifilm FinePix yang merupakan kamera digital pertama saya semasa latihan industri saya di Politeknik Kuching, Matang Sarawak.

Seterusnya, selepas bekerja saya membeli kamera jenis Digital Single Lens Reflex (DSLR) pertama saya Nikon D60 yang masih berfungsi sehingga ke hari ini. Selepas beberapa tahun bekerja, saya ‘upgrade’ kamera dari ‘beginner’ ke ‘Semi pro’ dengan membeli Nikon D7000 untuk mencapai kepuasan sendiri mengambil gambar.

Sepanjang menggunakan kamera, banyak ilmu fotografi telah dipelajari. Alhamdulillah, dengan sedikit kemahiran yang ada, artikel dan gambar saya diterima dan diterbitkan di akhbar tempatan. Manisnya kenangan.

Malangnya, kamera Nikon D7000 saya sudah mula menunjukkan kerosakkan dan perlu dihantar ke Nikon Centre untuk servis. Jadi, mood untuk bermain kamera semakin berkurangan.

Rentetan masalah itu, hari ini saya mengambil keputusan untuk meninggalkan sementara dunia fotografi DSLR dan menjual segala aksesori seperti lens, speedlight, trigger & recevier yang ada kerana saya juga memerlukan tunai segera. Nikon D7000 saya akan simpan sahaja dulu dan ada rezeki nanti barulah dihantar untuk servis. D60 pula saya akan simpan masuk ‘muzium’.

Oh ya, tunai segera yang saya maksudkan adalah dana untuk projek hartanah secara kecil-kecilan (rumah sewa).

Rumah yang saya beli baru-baru ini akan saya jadikan rumah sewa dan perlukan kerja pembaikan. Maka, dana untuk tambahan untuk pembaikan ini diperolehi dari hasil jualan perkakasan kamera saya.

Permintaan rumah sewa agak baik kerana terletak di kawasan ‘hot’ Unimas, Uitm Samarahan, Intan Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan beberapa tarikan lain. In sha Allah.. ‘positive cash flow’..

Aputure Trigmaster antara yang dijual.
Aputure Trigmaster antara yang dijual.

Setakat ini sudah mencapai sasaran kewangan untuk projek tersebut. Beberapa aksesori kamera masih lagiĀ  mencari pemilik baru.

Untuk menghilangkan rindu dengan dengan dunia fotografi, cukuplah sekadar menggunakan telefon bimbit dan kemasikini gambar di akaun instagram saya.

Selepas semuanya stabil, saya bercadang akan kembali semula dengan gear baru lebih kompak.

In sha Allah..

Mirorrless..

Amin..

Bil Dalam Talian SESCO Yang Pertama

Bil Online SESCO

Bil Online SESCO

Rentetan entri lepas impian memiliki rumah sendiri tercapai, hari ini saya menerima bil pertama dari pihak utiliti elektrik SESCO. Jumlahnya cuma RM5.00 sahaja. Saya cuma menggunakan bekalan elektrik sekejap sahaja semasa kerja membersihkan rumah selepas menerima kunci sebelum balik semula ke Kota Kinabalu.

Bagi saya, membayar bil secara bulanan adalah satu kewajipan. Oleh itu, bil utiliti seperti bekalan elektrik dan bil air perlu diterima bagi mengetahui jumlahnya. Memandangkan saya berada di Sabah dan rumah di Sarawak, perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh pihak PaybillMalaysia dan Paybills Sarawak amat membantu.

Rakan-rakan perlu menjadi ahli web tersebut dan isi segala keperluan/maklumat bil yang diminta. Cukup mudah dan ringkas.

Jadi tiada alasan tidak menerima bil dan mengelak bekalan eletrik atau air dipotong.