Tukar Sendiri Power Button Samsung Galaxy S3 Yang Rosak

Tukar Power Button Samsung S3 (2)

Dengan usia telefon Samsung s3 (i9300) mencecah 3 tahun, masalah kedua yang saya hadapi adalah ‘power buton’ yang rosak. Butang tersebut ‘tenggelam’ dan sukar untuk ditekan.

Setelah melihat video Youtube, saya mencari komponen butang tersebut di mudah.my, lelong dan beberapa laman web tempatan. Namun tidak berhasil menjumpai apa yang dihajati.

Akhirnya saya membuat pilihan untuk mencari di laman web Ebay dan menjumpainya iklan Blue Power Volume Home Button Set Replacement Part For Samsung Galaxy S3/i9300 dan membelinya dengan harga $1.99 (RM7.32) Continue reading “Tukar Sendiri Power Button Samsung Galaxy S3 Yang Rosak”

Membaiki Remote TV Samsung Rosak

Remote TV Samsung Rosak

Remote TV Samsung Rosak

Sudah menjadi lumrah rumah ada anak kecil, semua yang dipegangnya semua menjadi mainan. Begitulah nasib alat kawalan jauh/remote tv samsung yang ada di rumah kami.

Pada kali ini, remote tv menjadi ‘gila’ kerana tanpa ditekan, boleh berubah menu dan ‘indicator led’ sentiasa berkelip. Keadaan remote tv ni biasa sahaja. Cuma ada kesan gigitan yang tidak dikenali.

Setelah casing remote dibuka, sudah kelihatan kesan air yang disyaki air liur melekat pada papan litar remote. Saya agak,  Nufail menggigit remote ini.

Setelah kesan air dikeringkan, saya cuba dengan memasang semula casing dan meletakkan bateri.

Alhamdulillah, remote kembali berfungsi semula.

Remote TV ini jarang sudah digunakan memandangkan tv dikawal menggunakan remote ASTRO sepenuhnya.

Pengalaman Kali Pertama Membeli Di Lazada Malaysia

Pembelian Di Lazada

Mungkin anda pernah membeli barangan secara dalam talian di Lazada. Bagi saya, inilah pengalaman pertama saya dengan Lazada. Sebelum ini saya pernah membeli di Lelong, Mudah, Rakuten dan beberapa laman pembelian dalam talian.

Pembelian pertama di Lazada, saya membeli jam tangan Casio Edifice EF-132PB-1A2 Men’s Watch Black & Blue  diskaun 53%. Sebelum membuat pembelian, saya merujuk beberapa kedai online dan kedai jam di Kota Kinabalu. Sememangnya tawaran yang diberikan oleh Lazada memang terbaik. Continue reading “Pengalaman Kali Pertama Membeli Di Lazada Malaysia”

Alamat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri

Jawatan-Kosong-Jabatan-Kemajuan-Masyarakat-KEMAS

Jawatan-Kosong-Jabatan-Kemajuan-Masyarakat-KEMAS

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
Aras 5 – 9, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8891 2000

 

PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI PERLIS
Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan Lama
01000 Kangar
Perlis, MALAYSIA
Tel: 04 – 976 1023
Faks : 04 – 976 3772

 

PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI KEDAH
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Pusat Pentadbiran Kerajaan
06550 Bandar Muadzam Shah
Anak Bukit, Kedah Darul Aman
No.Tel : 04-7322966
No. Faks : 04-7324075

Continue reading “Alamat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri”