Denso Ignition Coil Untuk Proton Waja Enjin Mitsubishi 4G18

Denso Ignition Coil Proton Waja 4G18 (1)

Denso Ignition Coil Proton Waja 4G18 (2)

Salam sejahtera. Sekali lagi saya hendak berkongsi kisah suka duka dengan kereta Proton Waja. Kereta yang lama berjasa dan banyak menyimpan kenangan bersama dan ‘sentimental value’nya tinggi.

Dua minggu lepas saya menghantar kereta ke ‘Proton Service Centre’ di Sadong Jaya. Tujuannya hanya untuk ‘tuning’ enjin sahaja. Selepas selesai , techician bertugas memberitahu enjin ada ‘jerking’. Saya yang tidak tahu pasal enjin bertanya apa yang dimaksudkan mengenai masalah itu. Dia memberitahu, ada kemungkinan ‘ignition coil‘ mengalami kerosakan dan enjin akan ‘tersedu-sedu’.

Saya memang perasan masalah ‘jerking’ yang dimaksudkannya sejak akhir-akhir ini. Cuma menganggap mungkin masalah palam pencucuh dan tuning enjin sahaja.

Untuk membuat ujian, ignition coil baru dipasang pada enjin dan technician tersebut segera membuat pandu uji. Memang sah ignition coil lama ada masalah. Namun ia belum rosak sepenuhnya dan masih boleh digunakan untuk jangka masa pendek.

Pihak proton ada menawarkan Ignition Coil Original Proton, namun bajet saya tidak mencukupi. Harganya dalam RM600++ yang ditawarkan. Saya meminta dipasang semula ignition coil yang lama dan cuma membayar kos tuning enjin dengan bayaran RM95.00.

Sejak itu, saya mencari ignition coil jenama third party dari jenis Denso. Menurut rakan-rakan jenama Denso boleh dipercayai berbanding jenama lain. Hampir semua kedai ‘auto-part’ sekitar Kota Kinabalu dihubungi, masing-masing tiada stok.

Saya hubungi ‘uncle’ yang berada di Semenanjung Malaysia dan meminta dia cari dulu barang yang saya perlukan. Akhirnya jumpa juga. Namun tiada ignition coil Denso buatan Jepun. Cuma ada buatan Thailand sahaja yang berharga¬† RM145 sebiji. Saya minta belikan 2 biji memandangkan part ini susah nak cari di Kota Kinabalu.

Memasang ignition coil ini mudah sahaja. Tidak perlu ilmu mekanikal yang tinggi. Saya sudah tukar ignition coil yang disuspek rosak dan selepas itu saya memandu uji. Alhamdulillah, keadaan enjin kereta kembali normal dan pecutan semakin baik selepas membuat penukaran minyak engin dan minyak kotak gear minggu lepas.

Agak banyak kos membaiki kereta waja untuk cuti sekolah hujung tahun 2014. Semoga anak-anak dan isteri lebih selesa menggunakan kereta yang sudah dibaikpulih untuk berulang-alik ke sekolah.

Denso Ignition Coil Proton Waja 4G18 (3)

– Ignition coil yang sudah ditukar

Denso Ignition Coil Proton Waja 4G18 (1)

– Ignition coil baru (kiri) dan lama (kanan)

Part yang ditukar sebelum ini Motor Wiper Baru Untuk Proton Waja (Lucas).

Rujukan : Testing Ignition Coil Proton Waja Cara Koman

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

5 Comments on “Denso Ignition Coil Untuk Proton Waja Enjin Mitsubishi 4G18”

  1. We supply high performance PROTON ignition coils with competitive price, if you are interested, please contact us freely.

  2. boleh tolong tunjukan bagaimana nak tukar coil ignition untuk kereta waja…saya punya pun rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.