Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (1)

Kalau dikira secara kasar memang hampir sebulan sudah kami mengunjungi kedai dobi layan diri (dobi syiling). Mesin basuh di rumah sudah rosak dan belum dijumpai lagi alat gantinya iaitu “Printed Circuit Board (PCB)”.

Oleh kerana keadaan kewangan yang belum mencukupi, mencuci pakaian di kedai dobi adalah pilihan kami. Kami memilih kedai dobi layan diri (dobi syiling) yang lebih murah berbanding kedai dobi biasa (timbang kilo).

Tempoh mencuci dan mengering mengambil masa kurang dari 1 jam. Kosnya pula bagi mencuci dan mengering sekitar RM11.00 dan bergantung kepada saiz mesin basuh yang dipilih.

Terdapat banyak jenis keupayaan mesin basuh yang ada bergantung kepada kedai. Antaranya 10kg, 11kg, 14kg, 25kg dan 28kg.

Selain mesin basuh layan diri, servis tambahan seperti mesin kerusi urut dan mesin sabun pencuci juga disediakan. Sambil mencuci boleh juga berurut. Jika terlupa membawa sabun pencuci, boleh terus membeli di sini.

Lepas raya baru berfikir untuk membeli mesin basuh yang baru.

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (1)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (2)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (3)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (4)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (5)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (6)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (7)

Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri (8)

 

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

14 Comments on “Pengalaman Menggunakan Dobi Syiling Layan Diri”

  1. Saya sendiri belom pernah cuba tetapi isteri saya pernah mengunakan perkhidmatana layan diri ini. Bagi saya ia adalah satu kemudahan apabila perli makan angin boleh basuh baju tidak perlu tunggu nak basuh baju berlonggok selepas balik dari bercuti.

  2. memang memudahkan kami suri rumah kalau ada masalah dengan mesin basuh, cuci je ke dobi lebih jimat dan pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.