Singgah Di Dusun Buah-Buahan Di Kg. Tambulaong, Tamparuli

Selasa lepas saya ke Kampung Tambulaong yang terletak di Daerah Tuaran. Tujuan ke sana adalah atas urusan kerja iaitu membuat siasatan permohonan projek paip graviti untuk penduduk kampung. Atas jemputan tuan JKKK Kg. Tambuloang Tuan Kungin Lout, saya dan rakan sekerja singgah di dusun buah-buahan miliknya.

Memandangkan sekarang musim buah-buahan hampir di setiap daerah di Sabah, daerah Tuaran tidak terkecuali khususnya di Kampung Tambulaong ini. Mengikut pandangan mata kasar saya, kawasan perkampungan ini sangat subur kerana banyak  pokok buah-buahan ditanam dan berbuah dengan banyak.

Pokok rambutan antara pokok yang banyak dengan buahnya berwarna merah dan kuning masak ranum. Selain itu, terdapat buah manggis, tarap, durian dan beberapa buah-buahan lain.

Saya suka makan buah rambutan di sana. Buah rambutannya ada dua jenis iaitu rambutan kelapa berwarna merah dan kuning dan rambutan tanpa biji bewarna merah. Rambutan tanpa biji rasanya sedikit masam.

Nasib kurang baik kerana musim durian di kampung ini menghampiri penghujungnya. Jadi, tak merasalah buah durian di sini.

Menurut tuan Pengerusi JKKK, buah-buahan dari dusun miliknya dipajak kepada saudaranya yang menjual di gerai buah-buahan Tamu Pekan Telipok.

Terima kasih kepada tuan Pengerusi JKKK kerana saya sendiri sudah lama tidak ke dusun seperti ini. Terimbau kembali kenangan dahulu kala semasa masih kecil. Seronok bersama sepupu ke dusun memetik buah-buahan.

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

14 Comments on “Singgah Di Dusun Buah-Buahan Di Kg. Tambulaong, Tamparuli”

  1. waa… best…hehe..best ada org buat review pasal kg tambulaong… sy org kg ni… 🙂
    ada masa dtg lah lgi…

  2. waa… best…hehe..best ada org buat
    review pasal kg tambulaong… sy org
    kg ni…
    ada masa dtg lah lgi…

    1. kebetulan tuan…
      smoga kampung tuan terus mendapat kemajuan infrastruktur dan kemudahan asas seperti tempat lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.