Gambar Candid Semasa Hari Raya 2018

Gambar Kenangan Raya 2018

Hari Raya tahun 2018 kini sudah memasuki minggu kedua. Memang agak jarang sudah saya mengemaskini blog ini bercerita dan berkongsi kisah seharian saya. Saya lebih selesa bermedia sosial sahaja ketika ini. Sesekali saya hanya log masuk ke blog dan mengemaskini sistem blog sahaja.

Raya lepas saya masih berkesempatan untuk balik ke kampung halaman di Sarawak. Perjalanan balik menaiki kereta sendiri walaupun jauh merentas Kepulauan Borneo, ianya satu kepuasan. Kami sekeluarga bukan hanya balik kampung sahaja malahan kami boleh bercuti dengan ‘melencongkan’ perjalanan asal kami untuk singgah sebentar melihat kawasan lain di sepanjang perjalanan tersebut.

Anak-anak teruja balik kampung kerana mereka bebas bermain. Tidak seperti kehidupan biasa mereka yang agak terkongkong dengan jadual sekolah, latihan taekwondo dan rutin harian yang lain.

Kali ini, ingin berkongsi kenangan semasa raya yang lepas. Seperti biasa, kami akan bergambar famili raya sebagai kenang-kenangan. Namun, rancangan yang biasa dibuat pada pagi raya tak selalunya berjalan dengan lancar.

Gambar Raya Kandid 2018

Ada sahaja yang tidak kena bagi anak-anak. Bersiap untuk berpakaian satu hal dan belum lagi solat sunat aidilfitri dan sebagainya.

Saya sempat menangkap gambar kandid semasa masing-masing bersedia untuk bergambar. Saya tidak akan memadam gambar tersebut dari memori kamera kerana ianya momen yang sangat bermakna bagi saya.

Gambar kandid ini boleh dijadikan bahan kenangan untuk masa depan.

Kadang-kadang sesuatu yang di luar perancangan lebih menarik dari yang dirancang.

p/s: cepatnya masa berlalu, anak-anak semakin membesar.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Gambar Candid Semasa Hari Raya 2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.