Halau Lipas dan Semut Dalam Kereta

Halau Lipas dan Semut Dalam Kereta

Usia kereta sudah menjangkau belasan tahun. Mungkin faktor usia dan kebersihan, masalah serangga di dalam kereta mula kelihatan.

Saya perasan sejak akhir-akhir ini, semut dan lipas kecil sering berkeliaran di dalam kereta. Saya hantar kereta untuk dicuci dan vakum, namun masalah ini tidak selesai.

Saya rujuk beberapa artikel di blog/internet mengenai petua terutamanya cara menghalau lipas dan semut. Antaranya adalah menggunakan sabun wangi, daun pandan, kapur barus, lemon, timun dan banyak lagi.

Saya cuba dan hasilnya kurang memuaskan.

Sheildtox Outdoor

Akhir sekali, saya cuba penyembur serangga Sheildtox Outdoor, kira guna cara modenlah. Hasilnya pula memuaskan. Saya lakukan proses menghalau serengga ini pada sebelah tengah hari dalam cuaca yang panas. Akibat geram sangat dengan serangga ni, hampir habis sebotol penyembur ni digunakan.

Mula-mula saya sembur di dalam kereta termasuk bawah karpet dan celah-celah yang kecil. Selepas itu, saya tutup pintu kereta sekejap dalam 5 minit dan kemudian buka semula.

Memang terkejut bila melihat puluhan lipas mula merangkak keluar dari kereta. Keluar jer, terus dibunuh dengan kejamnya. Hahaha..

Jadi, sekarang dah tak nampak lipas lagi. Kalau semut tu memang susah nak elak, anak-anak sering tertumpahkan minuman, makanan dan tertinggalkan gula-gula dalam kereta.

Petua lain yang boleh dicuba untuk mengelakkan pembiakan lipas selain kebersihan adalah tempat meletak kereta. Tempat letak kereta yang lembap juga akan mengundang pembiakan serangga ini.

Selamat menghalau lipas dan semut ya!

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Halau Lipas dan Semut Dalam Kereta”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.