Cara Daftar Dan Guna Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

Kelebihan KADS1M

Kad Berfungsi 3 Dalam 1 

3 Fungsi Utama KADS1M
3 Fungsi Utama KADS1M

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Kad yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat ini yang boleh digunakan sebagai Kad Debit, Kad ATM dan Kad Diskaun. 

Kriteria Pelajar Yang Layak Memohon KADS1M

Contoh KADS1M Debit-i
Contoh KADS1M Debit-i yang dilengkapi ciri-ciri terkini.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:

  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Warganegara Malaysia.

Diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih dan tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

Pendaftaran KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M Debit-i)

3 Langkah Mudah Pendaftaran KADS1M
3 Langkah Mudah Pendaftaran KADS1M

Pendaftaran boleh dibuat melalui capaian Bank Rakyat di halaman Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi 

Cara Menggunakan KADS1M

  • Kad ini menggantikan Baucar Buku seperti tahun sebelum ini.
  • Pelajar yang berdaftar akan diberikan Kad Debit Pelajar KADS1M bernilai RM250.
  • Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih dengan nilai seperti di atas.
  • Senarai rakan dagang / syarikat yang mengambil bahagian dalam program KADS1M ini boleh anda rujuk di Senarai Rakan Dagang.
  • Kad ini hanya sah untuk pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja.

3 Kelebihan KADS1M

Kelebihan KADS1M
Kelebihan KADS1M

KADS1M dilihat sebagai cara yang lebih efektif menggantikan pemberian baucar buku sebelum ini.

Fungsinya yang 3 dalam 1 menjadikan penggunaan kad ini lebih mudah, selamat dan jimat.

Sebagai pelajar, gunakan ia secara berhemah.

 

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

4 Comments on “Cara Daftar Dan Guna Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)”

  1. Bagi saya, kad ini bagus tetapi proses utk mendaftar sangatlah teruk. Sampai sekarang tak dapat lagi emel dari Bank Rakyat dan langsung tiada informasi. Seolah2 macam tak ikhlas nak bagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *