Keliru Di Antara Keperluan Atau Kehendak

Bakau Park, Sabandar Tuaran

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya banyak yang saya rancang untuk lakukan pada tahun ini. Sebahagiannya juga saya ‘carry forward’ rancangan tahun lepas yang tidak dapat disempurnakan.

Rancangan saya meliputi kehidupan harian berkaitan kewangan, riadah dan sosial, keluarga dan beberapa perkara lain yang saya rasa tidak perlu disebutkan di sini.

Beli Rumah Baru.

Ya. Saya bercita-cita tinggi untuk bebas hutang dan berangan-angan tinggi untuk bersara awal dengan kekayaan (retire young retire rich). Impian ini saya tanam sejak beberapa tahun lepas.

Misi ini saya anggap sebagai keperluan bagi menjamin tahap kewangan yang lebih baik pada masa depan.

Proses Pembelian Rumah Dan Penyambungan Meter SESCO Dan LAK (1)
Kunci rumah ‘baru’.

Syukur pada Allah swt, saya sudah memiliki seunit rumah sendiri dan kini disewakan. Pada masa yang sama saya ‘sublet’ satu unit rumah yang lain dan ianya memberikan aliran tunai yang positif. Walaupun hasil angkanya kecil, sekurang-kurangnya ianya sebagai titik permulaan saya ke arah kewangan yang lebih stabil.

Bila disemak harga jualan semasa rumah yang saya beli beberapa tahun lepas, harganya sudah meningkat secara purata 15%.

Memandangkan saya bekerja di Sabah dan rumah di Kota Samarahan, Sarawak dengan menyewakannya adalah jalan terbaik. Jika saya bekerja di sana, ada kemungkinan saya akan menjadikan rumah saya sebagai homestay.

Menjadikan rumah sebagai homestay memang menguntungkan, namun pengurusannya memerlukan masa dan tenaga dalam masa yang singkat (sewa harian) berbanding jika disewakan dalam tempoh bulanan mahupun tahunan.

Beli Dan Simpan Emas.

Saya juga sudah mula membeli dan menyimpan emas dengan cara belian yang mudah GAP dari Public Gold. Beli 1 gram sebulan kira sudah memadai bergantung kepada kemampuan kewangan sediaada. Beli emas untuk masa depan dan pendidikan anak-anak.

Pada masa depan, saya merancang untuk menjadi ‘Dealer’ dan saya kategorikan beli dan simpan emas ini sebagai satu keperluan.

Berniaga Atas Talian.

Penghujung tahun lepas, saya memulakan projek kedai atas talian yang kini sudah beroperasi sepenuhnya. Saya mulakan dengan perniagaan atas talian kerana ia tidak memerlukan masa yang banyak untuk saya mengendalikannya. Secara ringkasnya, projek perniagaan ini memberi peluang juga kepada usahawan desa/kampung untuk menonjolkan produk masing-masing ke mata dunia luar.

The Borneo Store – http://www.borneostore.biz

Projek kedai dalam talian ini masih di peringkat awal dan saya masih mencari vendor yang berminat untuk menyertai perniagaan ini.

Pelbagai usaha lain dibuat untuk menambah pendapatan sampingan dengan menggunakan medium media sosial dan blog. Pendapatan ini belum konsisten.

Beli Kereta Baru.

Ya,

Inshaallah, keluarga kami bertambah lagi bulan Mei nanti. Saya mendengar rintihan isteri yang setiap hari menggunakan kereta Proton Waja ‘tua’ kami untuk menghantar dan menjemput anak-anak dari sekolah.

Banyak jasanya kepada keluarga kami.

Denso Ignition Coil Proton Waja 4G18 (1)
Sudah berumur dan banyak juga sakitnya.

Memandangkan anak-anak mencecah lima orang, Proton Waja sememangnya tidak selesa digunakan walapun anak-anak masih kecil. Sekurang-kurangnya kami perlukan sebuah kereta pelbagai guna ‘MPV’.

Namun, untuk tempoh dua tahun ini, rancangan untuk berkereta baru masih saya kategorikan sebagai kemahuan. Kami masih boleh bertahan dengan menggunakan Proton Waja.

Jika ada rezeki lebih, tiada salahnya bertukar sedan kepada MPV.

Bercuti Bersama Keluarga.

Dengan simpanan yang terhad, kami cuma bercuti di dalam Sabah sahaja. Jika ada rezeki lebih dan kebetulan promosi tiket murah AirAsia, kami balik kampung di Sarawak.

Siapa yang tidak merancang untuk bercuti ke luar negara? Saya sendiri berhajat untuk bercuti ke luar negara jika ada kemampuan.

Sabah cukup menarik. Kami bertuah kerana bermastautin di Sabah bumi yang serba indah. Sungai, lautan dan gunung-ganang terhidang di depan mata dan kami berusaha untuk menerokainya. Makanan lautnya yang sering menjadi bualan ramai sudah kami rasa.

Rancangan bercuti ke luar negara saya anggap sebagai kehendak. Namun, beriadah dan bercuti di Sabah adalah keperluan bagi mengurangkan stres anak-anak belajar. Rugilah jika tidak mengunjungi setiap daerah di Sabah.

Jika bukan atas faktor kerja dan bermastautin di sini, rasanya memang belum tentu kami akan ‘jalan-jalan’ hampir semua daerah di Sabah.

Minggu lepas, kami jalan-jalan dekat rumah sahaja di Sabandar Leisure Rides Tuaran dan percutian ringkas di Pulau Labuan.

Kami gembira dengan percutian ringkas kami.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

6 Comments on “Keliru Di Antara Keperluan Atau Kehendak”

  1. fuhh dah ada rumah.. diantara keperluan juga. bercuti di negara kita masih ada banyak lagi tempat yang kita belum terokai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *