Kursus Aplikasi Drone Anjuran I-KPKT dan BIP Studio Di INTAN Sabah

BIP Studio Drone Sabah

Alhamdulillah, selesai sudah menghadiri “Kursus Aplikasi Drone Bagi Meningkatkan Keberhasilan Tinjauan Dan Pemantauan Yang Efektif” anjuran Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) selama tiga hari di INTAN, Sabah. Kursus yang amat berbaloi disertai kerana ianya jarang ada.

Selama ini memang tertarik juga dengan gajet yang boleh terbang atau popularnya dikenali sebagai “drone”. Cuma tidak berkesempatan untuk cuba menerbangkannya sendiri.  Sebelum ini, banyak faktor yang sering bermain di fikiran bila melihat rakan-rakan menerbangkan “drone”. Sudah pasti harga yang mahal dan kemahiran mengendalikannya juga menjadi keutamaan sebagai seorang ‘pilot’.

Di negara luar “drone” ini lebih dikenali sebagai “Unmanned Aerial Vehicle (UAV)”

An unmanned aerial vehicle (UAV), commonly known as a drone, is an aircraft without a human pilot aboard. UAVs are a component of an unmanned aircraft system (UAS); which include a UAV, a ground-based controller, and a system of communications between the two. The flight of UAVs may operate with various degrees of autonomy: either under remote control by a human operator or autonomously by onboard computers – Wikipedia

Selepas tiga hari berkursus, sedikit sebanyak asas dan teknik pengendalian “drone” dipelajari terutama pengenalan kepada komponen utama “drone”, cara menetapkan mode penerbangan “drone”, cara selenggara “drone” yang betul seperti bateri dan aksesorinya.

Selain itu, kami diajar secara asas kerja ”mapping”. Beberapa aplikasi di telefon juga diperkenalkan seperti;

  • Pix4D – Drone Photogrammetry Software for Desktop + Cloud + Mobile
  • Map Pilot for DJI
Kursus Aplikasi Drone
Kursus Aplikasi Drone – DJI Phantom 3

Saya sudah agak lama tidak memegang peralatan kamera terutama kamera DSLR, apatah lagi “drone”. Pada kursus kali ini saya berpeluang menggunakan “drone” DJI Mavic Pro dan DJI Phantom 3Lain macam auranya kerana saiznya berbeza namun keupayaannya hampir sama.



Kursus ini juga diajar secara praktikal dan para peserta kursus berpeluang ‘take-off’ dan ‘landing’ sendiri. Ini adalah kali pertama membuat penerbangan dan perasaan teruja memang tidak dapat diselindung. Kita berpeluang melihat dari pandangan atas udara seperti kebiasaan semasa menaiki kapal terbang.

Kursus Aplikasi Drone
Kursus Aplikasi Drone- BIP Studio

Tenaga pengajar dari BIP Studio memang sempoi dan segala ilmu yang diajar mudah untuk difahami. Jika and pertanyaan atau perlukan servis “drone” bolehlah hubungi mereka. Mereka terdiri dari individu berpengalaman dan mahir dalam bidang ini.

Kursus Aplikasi Drone
Kursus Aplikasi Drone – DJI Mavic Pro

Selain untuk rekreasi, kegunaannya juga dapat membantu memudahkan kerja di lapangan. Sebahagian pemiliknya juga berupaya menjadikan “drone” sebagai  punca pendapatan terutama menjual foto dan video  hasil rakaman sendiri di www.shutterstock.com .

Jika anda menerbangkan “drone” sekadar untuk suka-suka, beberapa undang-undang dan peraturan penerbangan awam juga perlu dipatuhi. Peringatan penting bagi yang suka membuat penerbangan di kawasan larangan seperti di kawasan bangunan kerajaan, kawasan lapangan terbang dan beberapa tempat lain selain peralatan penerbangan anda mematuhi piawaian Suruhanjaya Komunikasi Dan Mutimedia Malaysia (SKMM) dan SIRIM.

RUMUSAN KURSUS

Kursus Aplikasi Drone ini wajib diadakan untuk setiap jabatan yang terlibat dengan kerja luar lapangan.

Keperluan untuk pengunaan “drone” memang banyak membantu disamping penjimatan  kos, masa dan tenaga kerja.

Kursus lanjutan juga perlu terutama penyelenggaraan , kerja suntingan gambar atau suntingan video dari “drone” perlu dianjurkan lagi sebagai kesinambungan kursus siri pertama ini.

Laman Web I-KPKT : Klik di sini

 

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

8 Comments on “Kursus Aplikasi Drone Anjuran I-KPKT dan BIP Studio Di INTAN Sabah”

  1. Intan pun ada anjurkan kursus macam ni memang sempoi habis. Nak kena rajin buka je la tengok ada kursus yg berbaloi ke tak.
    .
    Dah ada basic. apa lagi.. kasi angkat satu mavic pro la satu lepas ni..hehe biasa.. kalau tak de basic, dorang rekemen pakai yg drone murah2 dulu, jatuh langgar ke apa..tak garu kepala sgt 😁

    1. kursus ni anjuran I-KPKT dan Intan sebagai tempat kursus (menumpang) sahaja. buat masa ni belum berniat nak beli.. cukup sekadar ada basic dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *