Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) Kemas Tahun 2014

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Taska Kemas Tahun 2014

Jawatan-Kosong-Jabatan-Kemajuan-Masyarakat-KEMAS

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/ TASKA) KEMAS TAHUN 2014 YANG DIBUKA MULAI 16 Jun hingga 27 Jun 2014.

Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan sebelum memohon dan mengisi borang bagi iklan Tawaran Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika / Taska) KEMAS Tahun 2014.

 Untuk makluman, Borang Pin. 2013 yang lengkap hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan.

Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: Alamat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 27 Jun 2014

 

APAKAH SYARAT UTAMA? APAKAH SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK?

  • Warganegara : MALAYSIA
  • Umur : 21 – 35 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN
  • Lain-lain : Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini

Hanya calon yang telah menamatkan pengajian diperingkat diploma dan telah bergraduasi

  • DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak);
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

 

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON? DIMANAKAH SAYA BOLEH MEMPEROLEHI BORANG PERMOHONAN?

DIMANAKAH SAYA PERLU MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN?

Borang : BORANG KEMAS SPAKK PIN. 2013

Borang juga boleh didapati di:

Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan. Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: https://www.facebook.com/notes/jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas/direktori-jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas-negeri/500001019960

Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

 

DI MANAKAH KURSUS DIJALANKAN? BERAPA LAMA TEMPOH KURSUS? TEMUDUGA & KEPUTUSAN

Maklumat Asas : KURSUS SEPENUH MASA

Tempat : INSTITUT / PUSAT LATIHAN KEMAS

  • Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
  • Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga
  • Calon-calon yang tidak dihubungi selepas empat (4) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
  • Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

 

BILAKAH TARIKH TUTUP PERMOHONAN?

27 Jun 2014

 

BORANG KEMAS SPAKK KEMAS Pin. 2013

Silakan dapatkan Borang KEMAS SPAKK KEMAS Pin. 2013 pada pautan berikut:

Post by Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/ Taska) Kemas Tahun 2014”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.