Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin (Mahar)

Mas Kahwin Guna Dinar Emas

Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin (Mahar) –  Sempena musim cuti sekolah hujung tahun seperti sekarang, kita pasti banyak menerima undangan ke pelabagai upacara/majlis. Antaranya seperti majlis berkhatan, aqiqah, doa selamat dan paling banyak adalah majlis perkahwinan.

Cuti sekolah yang agak panjang seperti sekarang memberi kesempatan kepada kita untuk menghadiri majlis tersebut. Kita tumpang seronok melihat sanak-saudara dapat berkumpul dan bergembira. Namun kali ini saya lebih teruja untuk berkongsi mengenai mas kahwin.

Apakah maksud sebenar Mas Kahwin (Mahar)?

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. – islam .gov.my”

Kita sering keliru dengan istilah mas kahwin (mahar) dan wang hantaran.  Nilai mahar adalah berbeza mengikut negeri. Dikongsikan nilai mahar sebagai panduan anda bakal-bakal suami yang akan membina masjid pada 2017.

Negeri Nilai Janda RM Nilai Bujang RM
Johor 22.50 22.50
Melaka 100.00 100.00
Negeri Sembilan 12.00 24.00
Selangor 300.00 300.00
Kuala Lumpur 40.00 80.00
Perak 101.00 101.00
Pulau Pinang 24.00 24.00
Kedah Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Perlis Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Pahang 22.50 22.50
Terengganu Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Kelantan Tiada Ketetapan Tiada Ketetapan
Sabah 80.00 100.00
Sarawak 120.00 120.00
Labuan 80.00 80.00
  • Bagi negeri yang “Tiada Ketetapan” dalam penilaian mas kahwin, maka nilainya ditentukan oleh ahli keluarga pengantin melalui rundingan bersama.
  • Kadar mungkin akan berubah mengikut mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri masing-masing dari masa ke semasa.

Wang Hantaran

Masyarakat kita masa kini lebih memandang serius isu wang hantaran yang kita sedia maklum semakin meningkat saban tahun dan wang hantaran adalah merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga.

Kita pasti pernah mendengar juga isu wang hantaran diminta mengikut taraf pelajaran pengantin perempuan. Itu agak subjektif dikupas dan ianya terpulang kepada keluarga pengantin tersebut. Jika sememangnya pengantin lelaki mampu dan bersetuju, apa salahnya. Namun jika tiada kemampuan memenuhi permintaan keluarga  pengantin perempuan, perbincangan yang lebih teliti perlu diadakan bagi  memuaskan hari kedua-dua pihak.

Bacaan lain : Cara Dapat Duit Cepat Dengan Emas Atau Kad Kredit?

Kisah Selebriti Dan Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin.

Saya tertarik dengan malis perkahwinan beberapa orang selebriti tanah air yang menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin (mahar). Antaranya adalah M. Nasir dan Marlia Musa menggunakan 13 keping dinar emas sebagai mas kahwin pada ketika itu bernilai RM2,000.00 yang berlangsung pada 31 Ogos 2000.

Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.’ Cuba bayangkan nilai RM2,000.00 pada 17 tahun yang lalu dengan nilainya pada tahun ini. 13 keping 1 dinar x RM760 (harga semasa artikel ini ditulis) = RM9,880.00. Sebanyak 494% kenaikan nilainya dalam ringgit.

Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Sebenarnya mas kahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang,

Mahar jika diberikan dalam bentuk dinar emas, nilainya akan meningkat saban tahun berbanding jika diberikan dalam bentuk wang ringgit. Nilai wang ringgit amat mudah dimamah kadar inflasi. Selain itu, nilai sentimental pada kepingan dinar emas yang dijadikan mas kahwin pasti akan bertahan lebih lama dan perasaan sayang untuk membelanjakannya pasti ada. Jika di saat kecemasan, dinar emas ini boleh membantu anda.

Apakah nasib anda jika mas kahwin anda dalam bentuk wang ringgit not lama RM1000 , RM20? Pasti kepingan wang tersebut sudah tiada nilai kerana tidak sah untuk digunakan lagi. Boleh jualkan sahaja kepada pembeli wang lama nampaknya.

Tidak harian jika pasangan yang masih ada menyimpan dinar emas mas kahwin mereka sehingga sekarang. Emas akan tetap bernilai sepanjang zaman.

Beli Dinar Emas Public Gold

Anda boleh hubungi saya melalui talian 019-8469629 atau http://pg10.wasap.my

Mas Kahwin Guna Dinar Emas
Dinar Emas Public Gold

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin (Mahar)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.