Memilih Mainan Anak-Anak, Mahu Yang Canggih Atau Tradisional?

Nufail Ninja

– Nufail ala-ala Ninja

Mainan kanak-kanak masa sekarang boleh dikatakan canggih-canggih belaka. Mainan berbentuk digital dan elektronik menjadi pilihan kanak-kanak sekarang.

Memang jauh berbeza dari 30 tahun lalu (zaman kanak-kanak saya). Saya dulu sangat suka bermain guli, layang-layang dan mandi sungai.

Pemilihan mainan sebenarnya bergantung kepada ibu bapa juga. Anak-anak yang masih kecil bukannya tahu apa. Apa yang diberi untuk dimain, itulah yang akan dimain mereka. Cuma apabila mereka meningkat besar, mereka akan pandai meminta dibelikan mainan.

Perlukah bermain bersama anak-anak?

Secara peribadi, jawapan saya adalah YA! Sesekali, seronok juga bermain dengan anak-anak.Main bersama bukan sahaja merapatkan hubungan kekeluargaan, selain itu kita boleh memberi panduan kepada mereka dan mengajar mereka bermain dengan betul.

Lebih-lebih lagi permainan tradisional. Walaupun permainan seperti congkak dan batu seremban mudah untuk dimainkan, tanpa panduan dan perhatian kita, ianya boleh membahayakan. Sebagai contoh, anak-anak membaling batu tersebut. Biasalah, adat bermain ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau sudah kalah, baling-membaling ni perkara biasa. Perlulah kita membimbing mereka cara bermain dengan betul.

Apa permainan yang sesuai untuk anak-anak?

Selain itu, permainan yang melibatkan kerjasama dan ujian ingatan/IQ juga menarik untuk dicuba. Permainan menyusun gambar (puzzle) atau menyusun mainan LEGO memang anak-anak suka. Anak lelaki saya, Mikail (6 tahun) memang sangat teruja kalau bermain LEGO. Memang teruji daya fikirannya. Biarpun lambat siap, dia berusaha juga menyiapkannya.

Bagi kakaknya pula, Amyra (8 tahun) lebih suka bermain Jutaria. Ada baiknya juga permainan ini kerana dia boleh belajar mengira dan belajar membuat keputusan.

Cuma selain memilih jenis mainan, perlu titik beratkan juga saiz mainan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang mainan. Adakah selamat untuk kanak-kanak? Mainan LEGO contohnya antara mainan yang agak berbahaya untuk kanak-kanak kerana saiznya ada yang kecil. Mudah untuk anak-anak terutamanya yang masih bayi untuk menggigit dan dimasukkan dalam mulut.

Jadi, terpulanglah kepada kita sebagai ibu bapa. Mana permainan yang sesuai dengan anak-anak, belilah dan biar mereka bermain. Samaada permainan yang canggih atau yang tradisional, semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Nufail Comel Tepi Pantai

Nufail yang usianya 2 tahun pula sangat suka main pasir.

Jangn lupa untuk memberi perhatian semasa anak-anak bermain.

One Reply to “Memilih Mainan Anak-Anak, Mahu Yang Canggih Atau Tradisional?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *