Pasport Malaysia Terhad ke Brunei

Misi Merentas Kepulauan Borneo : Kota Kinabalu ke Kuching

Hujung minggu ini kami sekeluarga akan bergerak balik kampung dari Kota Kinabalu ke Kuching. Perjalanan yang jauh dengan jalan darat menaiki kereta.

Sebelum ini tahun 2012 kami pernah balik kampung beraya dengan kereta juga. Jadi tidak menjadi masalah terutama dari segi laluan di Brunei. Cuma ada beberapa jalan baru yang perlu dilalui di Brunei. Kebetulan semasa bertugas pilihanraya Sarawak yang lepas, jalan tersebut belum siap dan tidak sempat melaluinya.

Cuma masalah yang timbul adalah soal imigresen sahaja. Saya sendiri memiliki pasport antarabangsa (pasport merah) manakala isteri dan anak-anak cuma ada Pasport Terhad ke Brunei (pasport biru) yang hampir tamat tempoh sahnya.

Bayaran Pasport Malaysia Terhad ke Brunei

Jadi minggu lepas kami memperbaharui pasport tersebut. Bayarannya cuma RM50.00 sahaja samaada memperbaharui ataupun permohonan baru.

Tempoh Siap Pasport Malaysia Terhad ke Brunei

Proses memperbaharui passport mengambil masa dalam 1 jam sahaja (selepas proses bayaran hingga passport siap). Cuma perlu bawa passport lama dan pengenalan diri (mykad/sijil lahir) asal dan salinan.

Gambar passport tidak perlu dibawa kerana gambar ‘hitam putih’ terus diambil di kaunter.

Tempoh Siap Permohonan Baru Pasport Malaysia Terhad ke Brunei (Bukan penduduk asal).

Dua orang anak saya iaitu Nufail dan Baby Zea belum ada sebarang passport dan perlu memohon baru Passport Terhad ke Brunei. Walaupun mereka berdua pemegang kad pengenalan ’12 – Sabah’ (lahir di Sabah) namun kelulusan imigresen perlu dipohon dari negeri lahir asal ibubapa pemohon. Memandangkan saya dan pasangan saya memang berasal dari Sarawak, tempoh 5 hari waktu bekerja adalah tempoh bagi kelulusan permohonan tersebut.

Slip permohonan kelulusan akan dikeluarkan dengan disertakan nombor rujukan.

Slip Permohonan Passport Terhad Brunei

Anda boleh ‘follow-up’ status permohonan tersebut dengan menghubungi Jabatan Imigresen Kota Kinabalu di talian 082-488705.

Jika anda perlukan kelulusan dan dokumen passport dengan kadar segera, bolehlah menghubungi terus Jabatan Imigresen Kuching Sarawak dengan mendail nombor telefon  082-429653 selepas permohonan dihantar.

Pastikan anda menyimpan nombor rujukan permohonan bagi memudahkan rujukan pegawai Imigresen yang bertugas.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai Imigresen di Kota Kinabalu kerana sabar melayan karenah baby Zea yang tidak memberikan kerjasama semasa diambil gambar.

Info Tambahan: Pasport Terhad ke Brunei

Passport Terhad Ke Negara Brunei

Pasport Malaysia Terhad ke Brunei

Pasport ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam. Permohonan boleh dibuat di Pejabat-pejabat Imigresen di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Tempoh Sah Laku

  • Lima (5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.

Bayaran

  • RM 50.00 (kadar baru berkuatkuasa 1 Mei 2011)

Syarat Pemohonan

  • Pemohon hendaklah hadir di Pejabat Imigresen.
  • Kad pengenalan / Sijil Lahir dan salinan.
  • Untuk gantian pasport, sila bawa bersama pasport sedia ada.

 

14 Replies to “Pasport Malaysia Terhad ke Brunei”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *