Pecah Rekod Pendapatan Empat Angka Dari Blog

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Misi 1K saya dan isteri bagi pendapatan melalui blog sudah tercapai pada bulan Mac yang berakhir semalam. Nilai yang dicapai lebih baik dari apa yang dijangkakan.

Saya mula mengajar isteri (seorang suri rumah) ilmu blogging yang saya tahu. Dia pun dah semakin minat dan cepat belajar.

Bulan Mac lepas memberi kekuatan kepada kami untuk terus bertahan merempuh dunia internet yang banyak persaingannya. Dropship dan affiliates juga memberi pulangan yang memberansangkan.

Kami banyak mengambil peluang dengan menggunakan Facebook dan Twitter bagi tujuan pemasaran terutamanya dropship.

Nampaknya kerjaya sebagai blogger akan menjadi titik permulaan kepada kami menceburkan diri dalam dunia pengiklanan dan pemasaran di internet dengan lebih serius.

Rajin berusaha pasti berjaya!!

Posted from WordPress for Android

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

4 Comments on “Pecah Rekod Pendapatan Empat Angka Dari Blog”

  1. Tanniahlah kepada bro membuat perniagaan secara maya. Saya ada plan ingin mengikuti perniagaan dropship tidak tahu bermula dari mana walaupun sudah kenal pasti produk-produk dropship

    Kalau ikutkan saya hendak mengalakkan isteri saya mengusahakan perniagaan dropship kerana beliau suri rumah sepenuh masa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.