Inilah Hasil Dari Pendapatan Blogging Bulan Lepas

Vaacum Cleaner Panasonic Cocolo

Vaacum Cleaner Panasonic Cocolo

Alhamdulillah..

Nampak juga hasil dari berblogging. Jika sebelum ini saya gunakan hasil pendapatan dari blog sekadar untuk membayar bil elektrik, hosting/domain dan langganan streamyx sahaja. Bulan ini rezeki dari blogging dengan syarikat I*n*ty lebih banyak dari bulan lepas.

Sudah lama sebenarnya berhajat untuk membeli vaacum cleaner, baru sekarang tercapai hasrat tersebut. Saya memilih

Bagless Vacuum Cleaner Cocolo MG-CL305

Kasihan juga melihat isteri membersih rumah berhabuk. Kalau saya sendiri, memang pantang kena habuk/debu, pasti tidak berhenti bersin dan akhirnya menjadi selsema.

Dengan adanya pembersih vakum ini, ringan sedikit bebanan kerja isteri di rumah. Saya sendiri pun boleh menolong mana yang mampu.

Hasil pendapatan dari blog setakat ini memang membantu menambah pendapatan sampingan keluarga kami.

Saya kini sibuk dengan promosi kad sim AltelĀ  (AltelSabah.com) dan Pemanis Stevia (steviamanis.com). Manakala isteri pula dengan projek Kerepek Popia Cheesenya.

Semoga Allah SWT membuka jalan kami untuk berjaya.

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

4 Comments on “Inilah Hasil Dari Pendapatan Blogging Bulan Lepas”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.