Pengalaman Pertama Mendail Nombor Kecemasan 999

Kemalangan Jalan Raya Di Jalan Sulaman, Sabah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama blog ini tidak dikemaskini dengan entri baru. Pada hakikatnya banyak coretan yang didraf dan penulisannya belum menemui penyudah entri yang menarik.

Pagi tadi..

Semasa saya menaiki motorsikal menuju ke tempat kerja, saya menyaksikan kemalangan jalan raya di depan mata. Saya agak terkejut dan segera memberhentikan motorsikal.

Kelihatan 4 mangsa kemalangan dan salah seorangnya tidak sedarkan diri.

Beberapa orang awam yang lain turut membantu mengeluarkan mangsa.

Tidak ada apa yang terlintas di fikiran saya, cuma tangan terus mendail nombor kecemasan 999. Inilah kali pertama saya menghubungi talian berkenaan. Panggilan saya disambut segera dengan sapaan mesra pegawai yang bertugas.

Segala butiran saya sebagi pengadu diambil oleh pihak ‘call-center’ dan talian dilencongkan ke hospital terdekat. Beberapa minit kemudian, pihak polis menghubungi saya dan mengambil keterangan saya.

Malangnya, pada masa yang sama tiada ambulans yang terdekat (Hospital Likas) kerana ia baru sahaja bergerak ke lokasi kecemasan lain sebelum saya menelefon mereka. Saya diberitahu mereka akan menghantar ambulans dari Hospital Queen Elizabeth.

Mujurlah, keadaan trafik kurang pada hari ini kerana ramai pengguna jalan raya sudah balik kampung untuk merayakan Pesta Kaamatan.

Tidak lama selepas itu, seorang anggota trafik sampai dan membantu mengawal lalu-lintas yang menjadi ‘sesak tiba-tiba’ kerana masing-masing memperlahankan kenderaan menyaksikan insiden tersebut.

Tidak kurang juga ramai yang menjadi ‘wartawan facebook’.

Setelah semua mangsa dibawa ke hospital, saya terus ke pejabat.

Sepanjang perjalanan, saya terfikir betapa pentingnya menyimpan nombor-nombor telefon kecemasan terutama yang menyediakan perkhidmatan ambulan dari agensi yang berkaitan seperti Bulan Sabit Merah, Jabatan Pertahanan Awam, St. John Ambulance dan agensi lain.

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Pengalaman Pertama Mendail Nombor Kecemasan 999”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.