Pendedahan Permainan ‘Indoor’ Untuk Anak-Anak

Permainan Monopoly Untuk Kanak-Kanak

Pada masa sekarang, anak-anak lebih terdedah dengan permainan elektronik atau gajet. Namun, secara peribadinya saya kurang setuju anak-anak cuma tahu bermain permainan seperti ini sahaja. Pada usia mereka yang masih mentah, fikiran mereka masih boleh diolah supaya menyukai permainan secara manual tanpa sebarang gajet.

Zaman kanak-kanak saya sendiri, semua permainan jenis ‘indoor game’ sudah dicuba. Jiwa saya lebih menyukai karom berbanding permainan yang lain.

Anak-anak saya sendiri sebelum ini seperti anak-anak sahabat yang lain juga. Setiap seorang diberikan sebuah tablet biasa untuk kemudahan mereka bermain sambil belajar secara elektronik. Namun, saya mendapati pembahagian penggunaan gajet tersebut tidak seimbang dan lebih berat kepada bermain berbanding belajar.

Akhirnya, saya dan isteri membuat keputusan untuk menghentikan kemudahan tersebut. Pada mulanya, anak-anak memang mcam cacing kepanasan. Ada yang merajuk dan tidak kurang yang curi-curi menggunakan telefon isteri  saya untuk bermain ‘game’. Saya akui memang saya kasihan melihat keadaan mereka, namun itu sahaja cara yang boleh mengawal ketagihan gajet anak-anak.

Lama-kelamaan, keadaan berubah dan anak-anak sudah biasa dengan ketiadaan gajet. Saya dan isteri mencari alternatif lain untuk mengalih perhatian mereka. Kami sering membawa anak-anak ke taman permainan, berjoging dan membiarkan mereka aktif bersukan taekwondo.

Saya tahu, ada segelintir kawan-kawan anak saya membawa gajet ke sekolah. Saya pun agak terkejut kerana tiada pemantauan dari ibu bapa  atau penjaga mereka. Saya cuma menasihati anak saya supaya berpesan kepada kawannya di sekolah agar tidak membawa sebarang gajet semasa bersekolah.

Saya mendedahkan anak-anak dengan permainan yang lebih baik. Walaupun permainan seperti  Chess, Monopoly, Sahiba dan beberapa permainan ‘indoor games’ yang lain agak klasik, namun ia lebih berkesan untuk mendidik anak-anak.

Permainan Monopoly Untuk Kanak-Kanak
Anak-anak belajar mengira dan membuat keputusan pantas.

Jika diambil positifnya, permainan seperti itu akan menguji anak-anak berfikir, mengira pantas dan cepat membuat keputusan.

Anak-anak bebas dari radiasi gajet dan bil elektrik juga boleh dijimatkan.

Nanti saya kongsikan lagi perkembangan mereka dengan permainan indoor tersebut.

Follow my blog with Bloglovin

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Pendedahan Permainan ‘Indoor’ Untuk Anak-Anak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.