Satu Disember Dua Ribu Dua Belas

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua..

Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat datang ke blog baru saya. Sudah lama saya memikirkan nama domain ini dan akhirnya semalam, proses pembelian domain dan hosting ini saya lakukan.

Pasti ada yang bertanya apa terjadi kepada blog lama saya, My.Mustaffa?.. Sebenarnya server blog itu masih tidak stabil setelah bertukar ke server baru. Saya dicadangkan menggunakan VPS kerana ada 3 buah blog saya gunakan dalam 1 hosting dan ia menyebabkan High CPU Usage. Bila dah terkena barulah saya faham semuanya. Sememangnya dulu saya suka membuat blog-blog eksperimen. Saya akui, saya memang suka mengkaji sesuatu niche sehingga saya tersungkur di pertengahan jalan.

Blog eksperimen saya ada ‘menjadi’ terutamanya Blog Ibu Hamil dan ia diuruskan oleh isteri saya. Memang dah banyak juga merasa pendapatan hasil blog itu kerana iklan-iklannya. Namun akhirnya saya terjerat.

Mengapa terjerat?

Saya maksudkan terjerat apabila blog tersebut mendapat ranking yang baik dalam Enjin Carian Google  (walalupun kedudukan tidak menentu dalam 10 yang terbaik) dan ada yang lulus untuk beriklan dengan Innity.

Mungkin saya dulu tamak.

Akibat tamak, bila satu blog ‘server down’ secara automatik semua blog di dalam server tersebut akan turut ‘down’ juga. Ini kerana ia dihos dalam server yang sama.

Mungkin inilah masanya untuk saya mengubah apa yang sepatutnya saya lakukan dari dulu lagi. Lebih baik saya berubah sekarang daripada ia terus menjadi lebih parah pada masa depan.

Petua pada yang memiliki banyak blog, jangan hoskan semua blog/web anda bersama penyedia webhosting yang sama. Gunakanlah penyedia webhosting yang berbeza.

Ia ibarat berniaga, jangan letak semua telur dalam satu bakul, tapi letak semua telur dalam banyak bakul.. Sebab bila jatuh satu bakul, masih ada bakul yang lain lagi..

Pada kali ini saya mencuba untuk menggunakan perkhidmatan web hosting dari ServerFreak Technologies. Harapan saya agar pengalaman lepas memberi lebih makna dalam blogging.

Wallahua’lam

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

7 Comments on “Satu Disember Dua Ribu Dua Belas”

  1. Tak apa dengan pengalaman dan kemahiran bro ada tidak ada masalah untuk bangun balik. Saya dari 2008 hinggalah sekarang belum pernah merasakan apa-apa pendapatan dari blog sebab bukan otai pun, 🙂

  2. betul tu bro.. kawe pun pakai beberapa hosting..
    tapi kawe rasa Cynet boleh tahan bro.. Downtime pun rendah..
    cuma in the future..hmmm..payah nak ramal!
    anyway, congrats dgn blog baru. Ni kira soft opening la kan? 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.