Pertama Kali Mendaftar Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Modul Pendaftaran Murid – Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM)

Awal bulan lepas heboh para ibu bapa yang belum mendaftar nama anak-anak yang bakal bersekolah Tahun 1 bagi ambilan sesi 2018 dan 2019. Permohonan tersebut dibuka bermula 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.

Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)

Bagi yang sudah mendaftar anak sudah pasti tahu bagi mana cara proses pendaftaran dalam talian dibuat.

Manakala, pengguna kali pertama perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu untuk mengakses SPS – Sistem Pengurusan Sekolah.

Daftar SPS - Sistem Pengurusan Sekolah
Daftar SPS – Sistem Pengurusan Sekolah

Selepas pendaftaran dihantar, emel akan dihantar sebagai pengesahan pendaftaran keahlian kita. Seterusnya boleh menggunakan SPS.

Nombor Mykad akan digunakan sebagai id anda masuk ke sistem SPS.

Sebetulnya, anak saya yang ke-4 Nufail belum lagi layak untuk bersekolah bagi sesi 2018. Saya sendiri juga tidak pernah mendaftar sebagai pengguna web SPS-Sistem Pengurusan Sekolah yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini.

Pendaftaran sebagai pengguna memang ringkas dan mudah.

SPS – Sistem Pengurusan Sekolah

Modul Pendaftaran Murid – Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM) antara halaman paling popular dan sering dicari ibubapa.

SPATKPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk capaian dan paparan yang baik anda dinasihatkan menggunakan pelayar web seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.

 Manual Pengguna Sistem Pendaftaran Atas Talian – Klik Sini 

Senarai Sistem Pendaftaran atas Talian KPM

  • Sekolah Kawalan Menengah – pendaftaran dan penyemakan permohonan
  • Tahun 1 –  pendaftaran dan penyemakan permohonan

Pertanyaan & Alamat Yang Boleh Dihubungi

Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan SPATKPM boleh dikemukakan kepada :

Pertanyaan mengenai SPATKPM E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan ke Sekolah Kawalan [Muat turun] Maklumat pihak untuk dihubungi bagi Sekolah Kawalan.
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1
(Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja)
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 Sila rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri
atau [Muat turun] Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri.

Sebagai ibu bapa, marilah kita bertindak awal mendaftar anak masing-masing (jika penuhi syarat) ke sekolah. Elak pendaftaran saat akhir bagi mengelakkan kesulitan.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

3 Comments on “Pertama Kali Mendaftar Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)”

  1. Bagus isi diatas talian cumanya jangan redudant jadi tak nampak significant isi atas talian.

    Selepas print kena submit ke sekolah. Kemudian masa buka sekolah isi balik borang yang sama jadi mana pergi yang online isi tempoh hari?

    Bagaimana ibubapa yang buta IT nak isi borang tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *