Pilihan Bersalin Normal Atau Pembedahan

Nacqrisma Zea Mustaffa | 6/4/2017 17:52

Alhamdulillah,

Isteri saya baru sahaja melahirkan anak kami yang ke-5. Segalanya dipermudahkan Allah SWT. Kami mendapat beberapa perkhabaran gembira sepanjang tempoh kelahiran anak kami ini. Syukur ya Allah..

Bersalin Normal Atau Pembedahan?

Jika ada pilihan, isteri akan memilih bersalin secara normal. Saya pun boleh masuk ke dewan bersalin semasa isteri melahirkan anak.

Namun, proses kelahiran kali ini lebih sukar kerana isteri terpaksa bersalin secara bedah ‘ceaser’. Tempoh di dalam dewan bersalin agak lama sebelum doktor memutuskan untuk proses ‘ceaser’.

Saya sendiri memang agak sukar menerima hakikat isteri perlu dibedah kerana 4 orang anak sebelum ini dilahirkan secara normal.

Demi keselamatan nyawa ibu dan anak, bersalin secara pembedahan adalah pilihan terbaik.

Penantian yang mendebarkan. Saya ke ruang lobi hospital meredakan hati yang gelisah. Banyak ragam manusia di sini.

Tepat pukul 5.32 petang pada tarikh 6 April 2017, isteri selamat melahirkan seorang puteri comel yang diberikan nama Nacqrisma Zea binti Mustaffa. Dilahirkan pada usia kandungan 36 minggu 3 hari.

Masalah Ketika Mengandung.

Tidak dinafikan, kandungan isteri kali ini memang lebih mencabar kerana isteri mengalami masalah tekanan darah tinggi. Beberapa kali ditahan di wad kerana risau ibu dan kandungan mengalami sawan jika tekanan darah terlalu tinggi.

Kandungan sebelum ini, isteri cuma mengalami masalah kencing manis ketika hamil sahaja.

Namun, syukurlah semuanya dipermudahkan.

Penjagaan Selepas Ibu Bersalin.

Penjagaan bersalin secara normal dan pembedahan sedikit berbeza. Ibu yang bersalin secara bedah perlukan lebih perhatian terutama keupayaan ibu melakukan aktiviti fizikal (kekangan disebabkan luka) dan faktor pemakanan juga perlu dititikberatkan.

Jahitan luka bekas pembedahan perlu dijaga rapi supaya bersih dan kering sepanjang masa.

Isteri sendiri mengakui, bersalin secara normal lebih mudah walaupun ketika bersalin ‘agak sakit’. Berbanding bersalin secara ‘ceaser’, ‘tidak sakit’ semasa bersalin namun rasa sangat sakit semasa berpantang.

Menu Ringkas Isteri Berpantang.

Baiklah, bila menyebut  berkaitan ibu berpantang, saya cuma ada beberapa menu ringkas kegemaran isteri  yang boleh dimasak, walaupun dimasak seorang suami yang jarang ke dapur.

Menu ringkas yang boleh dimasak adalah;

  • Bubur nasi ayam
  • Sup ayam
  • Serunding halia
  • Ikan kukus halia  dan bawang putih
  • Singgang ikan

Resepi tak perlu saya kongsikan di sini kerana banyak laman kongsi resepi yang boleh anda rujuk. Bagi saya, masak kena minat. Ibu yang bersalin perlu dilayan dengan baik.

Pengumuman Kelahiran #ZeaMustaffa.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Pilihan Bersalin Normal Atau Pembedahan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *