Program Usahawan Bergerak MobilePreneur@KKLW

MobilePreneur@KKLW

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) memang diketahui umum dan sinonim dengan program-program yang boleh membantu belia dan golongan berpendapatan rendah  dalam aktiviti meningkatkan pendapatan.

Bukan sahaja bantuan diberikan melalui latihan, kali ini KKLW menawarkan bantuan memulakan perniagaan yang diberikan nama MobilePreneur@KKLW

Dengan kemahiran yang ada, serta memenuhi syarat yang diperlukan, anda boleh memohon bantuan usahawan melalui program tersebut.

Bidang Yang Ditawarkan MobilePreneur@KKLW

Anda boleh memilih salah satu bidang yang anda berkelayakan dan minati. Di antaranya adalah seperti;

 

  • Automotif
  • Penghawa Dingin
  • Elektrikal
  • Baiki Motorsikal
  • Senggaraan Bangunan
  • Senggaraan Paip
  • Kimpalan
  • Jahitan
  • Fotografi
  • Komputer
  • Elektronik Industri
  • Spa dan Kecantikan
  • Gunting dan Dandanan Rambut

MobilePreneur@KKLW
MobilePreneur@KKLW

Syarat Permohonan MobilePreneur@KKLW

  • Warganegara Malaysia .
  • Berumur 18-40 tahun (semasa permohonan).
  • Memiliki minima Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 2 atau setaraf dalam bidang yang dipohon dan diiktiraf kerajaan Malaysia, Badan Profesional.
  • Memiliki lesen motorsikal minima lesen B2.
  • Terdiri daripada golongan luar bandar berpendapatan rendah B40.

Jenis Bantuan Yang Diberikan.

  • Motorsikal
  • Set Peralatan
  • Latihan Pembangunan Keusahawanan

Borang MobilePreneur@KKLW

Anda boleh memuat-turun borang permohonan MobilePreneur@KKLW  di sini.

Maklumat lanjut : http://www.rurallink.gov.my

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *