Proton Waja Kurang Pecutan Dan Semput

Semalam Proton Waja merajuk lagi.

Kali ini kereta Waja saya menghadapi masalah dalam memecut. Kadang-kadang hendak memotong pun rasa kurang yakin. Kereta seperti hilang kuasa.

Saya membawa kereta untuk diperiksa mekanik. Mekanik memberitahu untuk membuat pemeriksaan dengan lebih teliti sebelum menukar sebarang alat ganti.


Mekanik menyarankan penukaran alat ganti mengikut urutan.
1) Spark Plug
2) Plug Cable
3) Plug Coil
4) Fuel Filter
5) Fuel Pump
6) Lain-lain

Syukurlah, saya cuma perlu menukar spark plug dan plug cable saja. Kereta kembali pulih dengan pecutan seperti biasa.

Denso Ignition Coil Proton Waja 4G18 (1)
Ignition coil yang baru (kiri) dan lama (kanan).

Isteri pun tidaklah susah hati semasa menghantar dan menjemput anak dari sekolah.

Dengan hayat kereta sudah 12 tahun dan jarak perjalanan 165,000km memang banyak dugaannya. Semakin tua semakin perlu perhatian.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Proton Waja Kurang Pecutan Dan Semput”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.