Cubaan Repair Proton Waja Wiper Motor Yang Rosak

Proton Waja Wiper Motor

Proton Waja Wiper Motor

Kereta Proton Waja yang sudah berkhidmat belasan tahun merajuk lagi. Memang sakit mata juga dibuatnya bila memandu dalam hujan yang agak lebat dan pemanduan waktu malam memang mencabar kerana pandangan samar-samar.

Kerosakan yang tidak dijangka.

Kali ini, motor pengelap cermin (Wiper Motor) pula rosak. Pada mulanya saya mencari cara untuk membaiki sendiri motor wiper ini. Jumpalah beberapa artikel di blog. Jadi, saya cuba mana yang boleh.

Saya cuba membersihkan terminal plat tembaga (3 bilah) dalam gambar tu dan membengkokkannya sedikit supaya sentuhannya dengan motor wiper lebih kuat. Saya merujuk pada artikel Proton waja wiper tidak mahu berputar.

Jadi, memang berhasil dan wiper kembali menyapu cermin seperti biasa.

Namun, keesokkan harinya..

Wiper buat hal lagi. Kali ini, memang langsung tak mahu bergerak. Saya pun bawa terus ke bengkel memandangkan saya kebetulan berada di Pekan Tuaran.

Menurut formen, motor wiper proton waja saya memang sah sudah rosak. Dia nasihatkan cari set baru. Saya cuba mencari di kedai alat ganti berhampiran, malangnya langsung tiada stok. Memang motor wiper waja ni jarang rosak menurut pekerja kedai alat ganti dan jarang orang nak beli. Dia ada kongsikan yang Proton Exora pula yang selalu mengalami masalah motor wiper ni.

Memandangkan stok motor wiper tiada, saya cari alternatif lain untuk sementara waktu. Untuk mengelakkan pandangan kabur, saya sapu cecair silikon pada cermin.

Bila ada cuti nanti, memang kena tukar baru motor wiper ni. Harga set motor wiper yang baru dalam lingkungan RM250.

Seksa memandu dalam kesamaran.

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

7 Comments on “Cubaan Repair Proton Waja Wiper Motor Yang Rosak”

  1. Berkaitan dengan masalah wiper tersangkut2. Ia berpunca daripada kerosakan motor wiper. Motor asal Proton Made in India cap Lucas, sama brand dengan Waja memang bermasalah. Saya dapatkan nasihat seorang pemandu teksi yang dah kena kat Exora dia yang baru pakai 2 tahun. Tukar motor second hand. Dia buat di kedai elektrik sebelah warung ayam panas Jalan Dewan Sultan Sulaiman, belakang Jalan Chow Kit dekat dengan Honda da Restoran Kudu. Kos tak sampai RM200 sahaja siap pemasangan. kalau original kat Proton SC, RM370 untuk motor made in India tu. Motor wiper asal rosak disebabkan kedudukannya mengakibatkan air hujan/basuh kereta masuk ke dalam motor tersebut yang tidak dilindungi dengan baik oleh cover.

  2. Motor wiper ni ada fius ke? Wiper waja saya buat hal.. bole wiping..tp kalau kita off.. die berhenti dkt tmpt kita off.. tak return ke original position.. mintak bantuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.