Angpow Kad Emas – Public Gold Puppy 2018

Kad Emas Tahun Anjing - Puppy Public Gold 2018

Public Gold Puppy 2018 – Tahun Baru Cina yang bakal tiba pada pertengahan bulan Februari tidak lama lagi sudah pasti lebih bermakna dengan pemberian ‘angpow’ berupa kad emas. Kad emas ini sangat menarik kerana rekabentuk grafiknya bertemakan Tahun Anjing 2018 dikeluarkan oleh Public Gold. Kad emas edisi istimewa tersebut adalah Public Gold LBMA Bullion Bar 1g (Au 999.9) – Puppy 2018.

Saya beranggapan, pemberian ‘angpow’ emas ini adalah yang terbaik kerana emas merupakan duit yang telah ditukar bentuk fizikalnya kepada logam emas. Jika kita bandingkan secara kekuatannya menyimpan nilai, sudah pasti emas adalah yang terbaik kerana kalis inflasi dan mudah di bawa ke mana sahaja dan mudah dicairkan.

Dengan emas Public Gold yang berstatus London Bullion Market Association (LBMA) sudah pasti seluruh dunia menerima emas ini tanpa was-was.

Selain sesuai dijadikan angpow, ianya boleh dibeli dan disimpan untuk hobi (collector). Satu masa nanti, emas seperti ini akan menjadi ‘rare item’ kerana tiada lagi pengeluarannya. Bagi saya sendiri, 1 keping bagi setiap 1 rekabentuk emas ini pun sudah memadai kerana saya bukan seorang ‘collector’ dan lebih suka membeli dan menyimpan emas reka bentuk biasa Public Gold.

Bacaan lain :Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin (Mahar)

Bagaimana Cara Membeli Emas Public Gold?

Emas Public Gold boleh dibeli secara dalam talian (web https://publicgold.com.my) dan di Pos Arrahnu seluruh Malaysia. Namun saya lebih suka membeli secara dalam talian melalui kaedah pembelian Gold Accumulation Program (GAP).

Kenapa Gold Accumulation Program (GAP)?

Pembelian GAP ini adalah pembelian paling fleksibel kerana kita boleh membeli dan mengumpul berat gram emas dengan simpanan/topup akaun GAP serendah RM100 sahaja. Ianyanya tiada komitmen bulanan dan boleh ditambah bila-bila masa sahaja. Tiada isitilah tutup kedai bagi transaksi pembelian dan bayaran.

Apa yang paling penting, kaedah pembelian dan bayaran secara GAP adalah Patuh Shariah. Pengesahannya oleh panel shariah dilantik iaitu Amanie Advisor.

Pembelian emas melalui GAP terutama emas fizikal kecil seperti 0.5gram, 1 gram 1/2 dinar, 5 gram adalah lebih murah berbanding belian runcit.

Sebagai contoh;

1 gram Au 999.9 – Public Gold Puppy 2018

Pembelian runcit kad emas Public Gold Puppy 2018 di atas adalah RM250. Namun jika pengeluaran 1 gram melalui GAP, harganya masih di bawah RM200 (harga semasa).

Itulah kelebihan dan keuntungan besar pembelian GAP ini.

Cara Pengeluaran Emas Dari Akaun GAP.

Sebagai contoh kita membuat simpanan secara konsisten RM100 sebulan melalui akaun GAP.

RM100 yang ditambah secara automatik terus ditukar kepada gram emas iaitu lebih kurang 0.5+++gram (bergantung kepada harga semasa emas).

0.5gram x 12 bulan  = 6gram

Jadi dengan adanya 6 gram emas, anda boleh mengeluarkan 5gram dan 1gram baki ditinggalkan di dalam akaun GAP untuk memastikan akaun sentiasa aktif.

Apa yang saya boleh keluarkan dengan 5 gram emas? Ada beberapa pilihan iaitu;

  • Jongkong 5gram x 1 keping  + premium RM10 x1 (RM10)
  • Syiling 1/2 Dinar (2.125 gram) x 2 keping  + premium RM10 x 2 (RM20)
  • Syiling 1 Dinar (4.25gram) x 1 keping + premium RM10 x1 (RM10)
  • Jongkong 1gram x 5 keping + premium RM10 x 5 (RM50)

**Premium emas bagi Semenanjung Malaysia yang digunakan untuk contoh di atas. Bayaran premium secara tunai semasa mengeluarkan emas di cawangan Public Gold.

Jadi anda fikirkan sendiri, mana satu pilihan anda. Walaupun gram dan keping nampak banyak terutama 1gram (5 keping) faktor bayaran premium emas juga perlu diambil kira.

Anda bolehlah mendapatkan kad emas Public Gold Puppy 2018 1gram ini dengan lebih murah melalui belian GAP.

Bertindak sekarang ya!

Anda boleh hubungi saya melalui talian 019-8469629 atau http://pg10.wasap.my

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Angpow Kad Emas – Public Gold Puppy 2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.