Rural Business Challenge (RBC) Transformasi Belia Desa anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) membuka penyertaan terbaru dengan hadiah utama berupa geran pembiayaan perniagaan bernilai RM1 juta.
SYARAT-SYARAT UMUM PENYERTAAN
Terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun pada tarikh tutup pertandingan.
Penyertaan terdiri daripada :
- Perseorangan atau lebih; atau
- Syarikat Enterprise, perkongsiandan syarikat Sdn. Bhd. (bagi syarikat perkongsian hendaklah dianggotai sepenuhnya oleh belia);
Pertandingan dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:
- Pengembangan Perniagaan (bagi syarikat yang telah beroperasi); dan
- Idea Perniagaan (bagi penyertaan yang belum memulakan perniagaan)
Pendaftaran pertandingan adalah secara onlinedi dalam portal RBC (www.ceodesa.my).
Peserta perlulah melengkapkan borang pendaftaran dan juga Business Model Canvas (BMC) di dalam portal tersebut. Peserta yang telah melengkapkan borang pendaftaran dan juga Business Model Canvas (BMC) perlu menghadiri sesi ujibakat semasa sesi “Road 2 RBC” yang dijadualkan seperti berikut:
- Road2 RBCUtara(Hotel Seri Malaysia, Alor Setar) –18 Mei 2017
- Road2 RBC Pantai Timur(Karnival Minggu PKS, Raub) –20 Mei 2017
- Road2 RBC Selatan dan Tengah(Stadium Hang Jebat, Melaka) –21 Mei 2017
- Road2 RBC Sabah & Labuan(Kota Kinabalu) –30 Mei 2017
- Road2 RBC Sarawak(Kuching) –1 Jun 2017
- Road2 RBC Grand (Kuala Lumpur) –3 Jun 2017
Peserta yang melepasi Penilian BMC dan ujibakat akan dihubungi dan diminta menghantar Rancangan Perniagaan untuk proses penilaian yang seterusnya.
Hanya Rancangan Perniagaan yang lengkap dan memenuhi terma dan syarat serta format pertandingan sahaja akan dinilai.
Dengan penyertaan ini, peserta bersetuju untuk memenuhi terma dan syarat pertandingan serta keputusan JawatankuasaPenyelarasan Program RBC, KKLW.
Bukti penghantaran pos bukanlah bukt penerimaan penyertaan.
Warga dan ahli keluarga terdekat warga Bahagian Kemajuan Keusahawanan Desa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
Semua keputusan pertandingan adalah muktamad dan segala bantahan tidak akan dilayan.
PENYEDIAAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)DAN RANCANGAN PERNIAGAAN.
Peserta pertandingan sama adaperseorangan/ lebih atau syarikat
hendaklah dianggotai sepenuhnya oleh belia.
Rancangan Perniagaan hendaklah meliputi kriteria utama seperti berikut:-
- Lokasi operasi perniagaan/ projek terletak di kawasan luar bandar; dan
- Perniagaan/ projek adalah sah di sisi undang-undang serta peraturan semasa Kerajaan.Peserta mesti memastikan BMC dan Rancangan Perniagaan yang
dikemukakan adalah asli.
Jika terdapat sebarang bahan atau imej milik pihak ketiga digunakan dalam BMC atau Rancangan Perniagaan atau semasa sesi temuduga, peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik asal sebelum digunakan.
BMC dan Rancangan Perniagaan yang disediakan dengan cadanganpremis yang telah dikenalpasti atau status tanah yang jelas sangat digalakkan.
Format BMC yang digunakan adalah seperti yangdiperkenalkan oleh Dr. Alex Osterwalder & Dr. Yves Pigneur di dalam buku “Business Model Generation”.
HADIAH PERTANDINGAN DAN KAEDAH PEMBAYARAN.
Pemenang tempat pertama akan dianugerahkan dengan hadiah berbentuk geran perniagaan dan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 juta yang tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Penyelaras Program RBC, KKLW.
Pemenang tempat kedua akan dianugerahkan dengan hadiah berbentuk geran perniagaan dan kemudahan pembiayaan sehingga RM750 ribu yang tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Penyelaras Program
RBC, KKLW.
Pemenang tempat ketiga akan dianugerahkan dengan hadiah berbentuk geran perniagaan dan kemudahan pembiayaan sehingga RM500 ribu yang tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Penyelaras Program RBC, KKLW.
Pemenang hadiah kategori RBC Jaya akan dianugerahkan dengan hadiah berbentuk geran perniagaan dan kemudahan pembiayaan sehingga RM200 ribu yang tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa PenyelarasProgram RBC, KKLW.
Pemenang hadiah kategori RBC Harapan akan dianugerahkan dengan hadiah berbentuk geran perniagaan dan kemudahan pembiayaan sehingga RM 100 ribu yang tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Penyelaras Program RBC, KKLW.
Hadiah saguhati akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM5 ribu tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Penyelaras Program RBC, KKLW.
PELAKSANAAN PERNIAGAAN, PELAPORAN PRESTASI DAN PEMANTAUAN PROJEKBAGI KATEGORI PENGEMBANGAN PERNIAGAAN
Pemenang kategori ini perlu menandatangani perjanjian pelaksanaan projekdengan pihak Kerajaan.
Pemenang kategori ini juga hendaklah melaksanakan projek secara sepenuh masa yangakan dipantau dan diselia oleh pihak KKLW.
Perniagaan tidak boleh dipindahmilik kepada pihak lain.
MAKLUMAT DAN DOKUMENTASI
Pemenang pertandingan akan dihubungi oleh pihak Urus Setia Pertandingan.
Semua Rancangan Perniagaanyang menyertai pertandingan menjadi hak milik KKLW dan tidak akan dikembalikan.
KKLW berhak menggunakan nama/gambar/maklumat asas peserta pertandingan bagi tujuan periklanan, perdagangan dan/atau publisiti Program RBC tanpa sebarang pemberitahuan kepada peserta.
Peserta yang menyertai pertandingan ini tidak layak menuntut pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.

INFO LANJUT DAN PERTANYAAN
Sekretariat RBC
Bahagian Kemajuan Keusahawanan Desa
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Aras 19, No.47, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 PUTRAJAYA
Tel: 03-8891 5607/5622/5636/5613
Emel: sekretariatrbc@rurallink.gov.my
mesti meriah contest nih… menang dapat geran perniagaan tuh
pehh..
siapalah yang menang agaknya nanti eh.
Menarik… rasa macam nk join ni…
bolehlah join ni
program yang sangat bagus…
memberi peluang kepada orang di desa untuk mengetengah bakat dan kebolehan masing -masing