Selamat Tahun Baru 2017

Tahun 2016 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pelbagai kisah suka dan duka telah berlaku sepanjang tahun lalu. Tugasan yang masih belum siap perlu disiapkan dengan segera.

Tahun 2017 pula menjelma. Agak singkat rasanya tahun 2016. Mungkin sibuk bekerja dan hampir tiada masa untuk bersama rakan-rakan pembaca blog ini. Sebenarnya banyak kisah menarik yang ingin dikongsikan. Kesuntukan masa dan kekangan peluang untuk berblog.

Mungkin ada yang mengikuti saya melalui Facebook atau Instagram. Itulah antara medium paling ringkas dan senang untuk saya kongsikan kisah secara cepat.

Tahun 2017, saya berazam untuk kembali menulis seperti dulu. Mungkin tahap kekerapannya tidak seperti sebelumnya, namun kehadiran artikel mahupun cerita baru saya akan kongsikan kepada anda.

Tahun 2017 dikatakan tahun mencabar terutama dalam bidang ekonomi. Melalui blog ini juga saya telah merangka beberapa plan untuk menjadikan blog sebagai ‘mesin duit’ seperti yang pernah saya lalui beberapa tahun lepas.

Tahun ini, inshaalllah jika diperkenankan, keluarga kami akan bertambah ‘ahlinya’.. Kehadiran bakal ahli baru ini menyuntik semangat saya untuk lebih kuat berusaha dan konsisten dalam apa sahaja yang saya usahakan.

Saya berdoa semoga tahun 2017 lebih cerah berbanding tahun sebelumnya. Semoga rakan-rakan seperjuangan terus sukses juga.

Selamat Tahun Baru 2017.

 

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman “Hubungi Saya”. Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

2 Comments on “Selamat Tahun Baru 2017”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *