Selepas Proton Waja Berusia 12 Tahun

image

Dari minggu lepas saya ingin kongsikan kisah ini. Namun baru hari ini berkesempatan berbuat demikian.
Sejak hujung Januari lepas, mood ‘rajin’ datang lagi. Projek kali ini adalah kerja pembersihan dalaman kereta proton waja kami. Kereta proton waja kami kini berusia hampir 12 tahun.

Dibeli dari kedai kereta terpakai pada tahun 2009. Entah mungkin inilah pertama kali sarung kusyen tempat duduknya dicuci.

Kerja mencuci saya sudah mulakan minggu lepas. Tempat duduk belakang dulu dicuci memandangkan ianya mudah dibuka dan kebetulan spanar untuk membuka tempat duduk depan belum ada.

Jika dilihat usianya 12 tahun, tidak hairanlah jika sarung kusyen ini ‘hitam legam’. Pelbagai corak yang ada.

Minggu ini, sarung kusyen tempat duduk depan pula. Spanar saiz 14mm dan 12mm diperlukan. Hampir setengah jam juga saya membuka kedua-dua sarung tempat duduk depan itu. Akhirnya berjaya dan sekarang sedang direndam dan dicuci.

Bayangkan..

Berapa banyak bakteria yang ada di dalam kereta kita?

Insyaallah.. jika ada rezeki lebih nanti, saya nak tukar sarung kusyen ini dengan sarung baru yang kalis air.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

4 Comments on “Selepas Proton Waja Berusia 12 Tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.