Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan SCRUT.my

SCRUT Logo - Japan Auction History

Beberapa hari lepas heboh dan tular mengenai cara menilai kenderaan lelong dari Jepun dengan SCRUT. Saya sendiri cukup teruja dan sedikit cuak untuk tahu keadaan sebenar kereta Toyota Wish kondisi ‘recond’ yang saya beli 2 tahun lepas.

Saya sebenarnya sudah tahu mengenai perkara ini namun menggunakan laman web ‘True Report‘ dan bayaran menggunakan kad kredit atau Paypal.

Contoh laporan dari True Report.

Memandangkan SCRUT boleh dibayar dengan kad debit biasa dalam Ringgit Malaysia, saya pun buat carian menggunakan no. chasis kereta dan ada rekod dipaparkan. Walaupun sudah ‘terbeli’ awal daripada tahu mengenai info begini, saya teruskan sahaja.

Bayaran untuk maklumat terperinci dari SCRUT adalah RM50 dan amat berbaloi untuk bakal pembeli baru daripada manipulasi pihak pengedar kenderaan terpakai.

Jadi inilah respon pantas dari pihak SCRUT.

Laporan SCRUT
Inilah maklumat kenderaan yang saya beli.

Merujuk kepada laporan yang diberikan, maklumat adalah 90% sama dengan keadaan sebenar kenderaan semasa dibeli.

Kenapa 90%? Ianya kerana grill depan chrome dipasang dari model X (bukan chrome) dan saya beranggapan ianya kesilapan semasa restoration memandangkan banyak model kereta yang sama di tempat pengedar.

Biasanya, pihak pengedar akan ‘adjust’ kilometer supaya nampak penggunaan yang rendah namun pembeli ditipu tanpa sedar.

Selain itu, keadaan sebenar dari segi keadaan kenderaan seperti kerosakan, gred kereta, harga semasa lelong dan gambar semasa di lelong juga ada disertakan. Memang puas hati.

Contoh Report SCRUT

Agak menyedihkan kerana kereta saya adalah Gred 3 ( kondisi sederhana dan perlu dibaikpulih samaada pernah kemalangan atau kerosakan enjin). Tetapi perbatuan kilometernya tepat masa diterima dalam 16 ribu lebih KM.

Anggapan saya, perbatuan rendah mungkin lepas kemalangan ianya tidak gunakan sehingga dibaikpulih untuk lelongan.

Perkara dah berlalu terpaksa terima sahajalah. Tiada ilmu sebelum membeli.

Kereta saya semasa lelongan.
Pandangan belakang dan sisi.

Memang betullah kalau kita hendak membeli kena tahu asal-usulnya. Kenderaan terpakai pasti ada sejarahnya. Baik sejarah hitam mahupun putih.

Namun sepanjang 2 tahun penggunaan tiada masalah major berlaku dan saya amat berpuas hati.

Kereta masih dalam keadaan ‘Tip-Top’ setelah beberapa kali merentas kepulauan Borneo dari Sabah Ke Sarawak.

Oh ya, saya membeli kereta ini dari pengedar Anak Sabah Motor.

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Semak Keadaan Sebenar Sebelum Beli Kereta Recond Jepun Dengan SCRUT.my”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.