Emas Sebagai Dana Kecemasan

Cara Dapat Duit Cepat

Diberhentikan Kerja & Dana Kecemasan.

Sebagai pekerja yang makan gaji sememangnya tidak lari dari masalah diberhentikan kerja. Sama ada masalah berpunca dari disiplin kita sendiri mahupun syarikat menghadapi masalah kewangan dan melakukan pengurangan pekerja.

Apabila diberhentikan kerja, pelbagai masalah lain akan timbul terutama dalam bab ekonomi keluarga dan hubungan sesama ahli keluarga akan bermasalah. Jika semua satu hati untuk susah senang bersama, itu kelebihan pada anda untuk menghadapi situasi genting ini.

Jadi sebagai pekerja biasa dan berisiko tinggi diberhentikan kerja , apakah persediaan jika anda mengalami masalah ini?

Bertanya kepada diri sendiri;

  • Apa yang akan saya buat selepas diberhentikan kerja?
  • Berapa banyak simpanan yang saya ada?
  • Berapa lama saya boleh bertahan dengan simpanan tersebut?
  • Adakah saya mampu bertahan?

Mengikut hasil pembacaan saya samaada melalui bacaan buku mahupun dari media sosial, simpanan dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 6 bulan (lagi banyak lagi baik).

Namun persoalan lain pula timbul, adakah simpanan  kita sudah cukup seperti tempoh yang dicadangkan? Jika ada syukurlah ya. Bagaimana pula jika belum ada atau belum bermula menyimpan?

Mulakan simpanan sekarang!

Disyorkan simpanan boleh dibuat sekurang-kurangnya 10% dari gaji untuk dijadikan dana kecemasan. Jika ada lebih, boleh simpan lebih dan semakin cepat dana kecemasan kita penuh (bergantung kepada matlamat dan komitmen anda).

Jika dapat gaji, pastikan simpanan untuk diri sendiri didahulukan sebelum membayar hutang. Jika hutang dan belanja lain didahulukan, saya jamin tidak akan ada lebihan wang untuk simpanan diri sendiri.

Jika anda terlalu minat untuk berbelanja, maka belilah emas. Walaupun anda ‘membeli’ emas, namun sebenarnya anda sedang ‘menyimpan’ emas. Cuma nilai ringgit telah diubah bentuk kepada logam emas.

Kenapa emas boleh dijadikan dana kecemasan?

  • Paling penting mudah dicairkan samaada dijual atau pajak gadai.
  • Nilainya kalis inflasi dan semakin mahal jika berbanding simpanan dlm bentuk wang fiat/kertas.

Berapakah simpanan emas PALING MINIMUM yang wajib ada di tangan sebagai dana kecemasan kita?

Ini contoh perkiraan kasar sahaja. Nilai gaji bergantung kepada anda sendiri.

Gaji Bulanan : RM3,000.00  x 6 bulan = RM18,000.00

Bermakna RM18,000.00 adalah simpanan dana kecemasan anda.

Jika diubah kepada bentuk gram emas pula,

RM18,000.00 /  RM200.00 (anggaran kasar harga emas semasa) =  90 gram

Jadi, 90 gram adalah matlamat dana kecemasan anda dan wajib ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan diberhentikan kerja.

Cara mudah beli dan simpan emas.

Ada cara paling mudah menyimpan emas. Selain membuat simpanan 10% dari gaji anda dalam bentuk wang kertas. Anda boleh konsisten menyimpan emas dengan simpanan 1 gram 1 bulan. Bermakna, jika matlamat dana kecemasan  anda 90gram, anda perlukan masa 7 tahun 6 bulan untuk mencukupkannya.

Percayalah, jika anda sudah mula membuat simpanan emas, anda akan cuba memendekkan tempoh 7 tahun 6 bulan tersebut. Menyimpan akan menjadi habit dan anda mula merasakan keseronokan menyimpan emas.

Bayangkan jika 7 tahun akan datang dengan harga emas RM400/g (anggaran saja ya);

90 gram x RM400 = RM36,000.00

Nilainya dalam bentuk ringgit naik sekali ganda dari nilai hari ini.

Sebagai kesimpulan, simpan emas sebagai ‘forgotten saving’ simpan dan lupakan. Emas bernilai setiap masa dan di mana saja.

Beli Emas Public Gold

Anda boleh hubungi saya melalui talian 019-8469629 atau http://pg10.wasap.my

Cara Dapat Duit Cepat
Produk emas Public Gold

 

About Encik Mus

Nama saya Encik Mus sebagai penulis blog ini. Penulisan dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak dibenarkan menerbitkan semula kandungan blog ini di media yang lain tanpa kebenaran saya. Sebarang pertanyaan boleh anda buat melalui halaman "Hubungi Saya". Terima kasih.

View all posts by Encik Mus →

One Comment on “Emas Sebagai Dana Kecemasan”

  1. Bagi yang sudah mempunyai kesedaran untuk menyimpan emas dan perak. Tidak teragak-agak untuk menyimpan aset fizikal yang kekal relevan sehingga akhir zaman. Tidak mustahul Digital Crypto akan meluas digunakan tetapi ia sama seperti wang kertas tidak disandarkan apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *