Susah Hati Bila Kereta Rosak

image

Memang macam dirancang, rancangan asal nak servis kereta awal bulan Mei. Memandangkan baki kilometer perjalanan masih ada 800km sebelum mencecah 5000km, saya tangguhkan niat tersebut.

Namun, nasib tidak menyebelahi saya. Kereta Proton Waja yang isteri saya guna mengalami masalah “overheat” dan menyebabkan radiator bocor. Inilah kali pertama mengalaminya sendiri. Biasa mendengar cerita kawan-kawan sahaja yang pernah kena masalah ini.

Masalah “overheat” ini bermula petang semalam. Kebetulan isteri baru balik dari menghantar anak ke sekolah. Berasap ketika mahu parking kereta. Nasib baik sudah sampai di rumah. Tidak tahulah kalau terjadi di jalan. Kebetulan saya masih bekerja, saya cuma dapat melihat kesan kepanasan itu sebelah malamnya. Saya isi penuh tangki air radiator.

Pagi tadi, sebelum bergerak ke bengkel di Tuaran, saya periksa lagi air dalam tangki radiator. Memang ada berkurangan sedikit. Rasanya memang sahlah bocor. Kereta dipandu ke bengkel dan nasib baik masih mampu bertahan.

Sampai di bengkel, mekanik memeriksa dan memberi keputusan supaya menukar radiator dan motor kipas (Denso).

Kali pertama terkena masalah ini, pengalaman yang amat berguna.

Menjadi satu kepayahan kepada saya dan isteri kerana bergantung harap kepada kereta Waja yang sudah berusia lebih 10 tahun untuk menghantar anak ke sekolah. Berkat ada ramai kawan, anak-anak menumpang kereta kawan dulu yang kebetulan menghantar dan menjemput anak-anak mereka di sekolah yang sama. Kalau tiada mereka, terpaksalah saya bercuti dan anak ke sekolah saya hantarkan dengan menaiki motorsikal.

Bila kereta telah selesai dibaiki, hati kembali senang walaupun berbelanja agak besar. Tak apalah, janji anak-anak selesa.

Posted from Samsung S3

About Encik Mus

Bapa kepada Nacqrisma Mia Amyra, Muhamad Nacqris Mikail, Nacqrisma Hannah dan Muhamad Nacqris Nufail.

View all posts by Encik Mus →

3 Comments on “Susah Hati Bila Kereta Rosak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.