Categories
Keluarga

Gambar Candid Semasa Hari Raya 2018

Hari Raya tahun 2018 kini sudah memasuki minggu kedua. Memang agak jarang sudah saya mengemaskini blog ini bercerita dan berkongsi kisah seharian saya. Saya lebih selesa bermedia sosial sahaja ketika ini. Sesekali saya hanya log masuk ke blog dan mengemaskini sistem blog sahaja.

Raya lepas saya masih berkesempatan untuk balik ke kampung halaman di Sarawak. Perjalanan balik menaiki kereta sendiri walaupun jauh merentas Kepulauan Borneo, ianya satu kepuasan. Kami sekeluarga bukan hanya balik kampung sahaja malahan kami boleh bercuti dengan ‘melencongkan’ perjalanan asal kami untuk singgah sebentar melihat kawasan lain di sepanjang perjalanan tersebut.

Anak-anak teruja balik kampung kerana mereka bebas bermain. Tidak seperti kehidupan biasa mereka yang agak terkongkong dengan jadual sekolah, latihan taekwondo dan rutin harian yang lain.

Kali ini, ingin berkongsi kenangan semasa raya yang lepas. Seperti biasa, kami akan bergambar famili raya sebagai kenang-kenangan. Namun, rancangan yang biasa dibuat pada pagi raya tak selalunya berjalan dengan lancar.

Gambar Raya Kandid 2018

Ada sahaja yang tidak kena bagi anak-anak. Bersiap untuk berpakaian satu hal dan belum lagi solat sunat aidilfitri dan sebagainya.

Saya sempat menangkap gambar kandid semasa masing-masing bersedia untuk bergambar. Saya tidak akan memadam gambar tersebut dari memori kamera kerana ianya momen yang sangat bermakna bagi saya.

Gambar kandid ini boleh dijadikan bahan kenangan untuk masa depan.

Kadang-kadang sesuatu yang di luar perancangan lebih menarik dari yang dirancang.

p/s: cepatnya masa berlalu, anak-anak semakin membesar.

Categories
Keluarga

Malam Sebelum Balik Kampung

image

Tak sabar rasanya menunggu hari esok. Awal pagi esok dah terbang balik ke kampung.

Malam ini temankan isteri beli kuih cincin, tudung, cincin mutiara dan beberapa barang yang lain.

Anak-anak dah tidur. Awal mereka tidur kerana siapa bangun lewat akan ‘kena tinggal’ di Sabah. Berjaya juga trick ini untuk mereka tidur awal. Jika tidak, kecohlah nak ‘packing’ barang.

Buat persiapan minit akhir. Nasib baik dah buat checklist.

Posted from Samsung S3

Categories
Keluarga

Nufail Sudah 3 Bulan. Kami Nak Balik Kampung.

image

Semalam genap usia Nufail 3 bulan. Tidak terasa masa berlalu.

Insyaallah hujung bulan ini kami akan balik ke kampung di Sarawak. Ada beberapa urusan perlu disiapkan seperti aqiqah dan kenduri kesyukuran.

Agak sukar membuat majlis seperti ini di kediaman kami yang berupa apartment. Ruangan amat terhad. Bila di kampung semuanya mudah.

Kebetulan cuti sekolah juga. Ramailah sanak-saudara di kampung.

Posted from Samsung S3

Categories
Keluarga

Bersedia Jalan Jauh Balik Kampung

image

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Kami sudah bersedia balik kampung untuk beraya. Kereta juga dah servis.

Semoga perjalanan kami nanti KK ke Miri tiada halangan dan harap tak sesatlah di Brunei nanti.

Posted from WordPress for Android

Categories
Blog

Saya Nak Balik Kampung

Kredit: http://nurfatihahchuan.blogspot.com

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua..

Cuti sekolah sudah bermula, namun kita yang sudah bekerja tetap dengan kerja kita. Tiada istilah cuti bila anak cuti sekolah. Tugas agak ringan kerana tugas menghantar dan menjemput anak dari sekolah tidak perlu dilakukan.

Itu bagi yang anaknya sudah bersekolah..

Bagaimana pula dengan saya? Anak saya bakal bersekolah peringkat awal (tabika) pada tahun depan. Dia (Amyra) sekarang berada di kampung di Sarawak. Mungkin dalam minggu depan, saya, isteri dan Mikail (hero kami) akan balik ke kampung.

Kali ini saya memohon menggunakan waran penerbangan balik ke wilayah asal. Semoga permohonan tiada aral melintang.

Memang tak sabar juga rasanya untuk bertemu dengan dua orang puteri yang sejak raya lepas ditinggalkan di kampung. Pasti keluarga di kampung akan terasa ketiadaan mereka di kampung nanti. Nak buat macam mana, mereka memang seharusnya berada bersama kami di Sabah.

Categories
Keluarga

Balik Ke Kampung Bakong, Sri Aman.

Salam Jumat semua..

Semalam berkesempatan balik ke kampung halaman di Sri Aman. Kami bergerak selepas solat Subuh dan mengambil masa 3 jam perjalanan untuk tiba di Bandar Sri Aman.

Selepas berehat sebentar dan mengisi minyak, perjalanan diteruskan ke Kampung Bakong. Jalan ke sana masih dalam pembinaan. Pergerakan diperlahankan kerana jalan berlubang. Debu pula memang tebal.

Sudah lebih 10 tahun tak balik kampung halaman. Pada masa sekarang beberapa projek pembangunan dilakukan sana.

Kementerian aku KKLW juga dalam proses pembinaan projek Bekalan.Air Luar Bandar (BALB). Memang agak sukar pada saat ini kerana terpaksa bergantung harap pada air telaga dan air hujan. Harap projek BALB tersebut lancar dan orang kampung dapat mengecapi kenikmatan yang sepatutnya sudah lama dirasai.

Bila balik kampung..

Terimbas kembali kenangan dulu-dulu.

Teman sekampung semuanya dah besar-besar belaka. Ada yang dah kahwin dan ada juga yang masih bujang ‘trang tang-tang’.

Mungkin ini raya terakhir rumah kami sana berdiri ‘senget’ kerana bakal dirobohkan tidak lama lagi. Maka habiskan segala kenangan di sana. Kami telah berhijrah ke Asajaya.

Walaupun hanya beberapa jam di sana, namun dapat juga berjumpa dengan sanak-saudara di sana. Bila dah bersua muka, pasti mereka tak percaya aku dah besar. Bayangkan dulu berpindah dari sana ketika aku darjah satu.

Insyaallah tahun depan aku nak ke sana lagi.

Perjalanan sejauh 442km dihalang beberapa kemalangan jalan raya dan kami sampai di rumah pada jam 10.00 malam.

Categories
Keluarga Permotoran

Memandu Untuk Balik Kampung

Alhamdulillah. Baru sahaja lepas.bersahur. Waktu imsak di sini kalau mengikut jadual waktu berbuka phasa dan imsak yang disediakan Jakim adalah pada pukul 5.05 pagi.

Barang-barang sudah dimasukkan dalam kenderaan sejak semalam lagi. Cuma sekarang perlu buat ‘final check’ takut-takut ada yang tertinggal.

Tekanan angin tayar, air,  minyak dan lampu pada kenderaan sudah sedia diperiksa semalam. Hendak memulakan perjalanan jauh semuanya  harus diperiksa terlebih dahulu. Sekarang semuanya terserah kepada gaya pemanduan kita sahaja. Hendak perlahan atau sebaliknya.

Jarak perjalanan yang bakal.ditempuh sekejap lagi melebihi 300km dan dianggarkan mengambil masa 5-6 jam. Bagi aku, setiap pekan yang dilalui seperti Pekan Lachau, Pekan Sungai Tengang dan Bandar Serian. Setiap tempat pasti ada yang menarik.

Misi utama hari ini adalah mencari Buah Dabai. Semalam aku dah beli.setengah kilo. Harga sekilo pula adalah RM18.00. Kalau ada lagi, memang plan nak beli lebih. Keluarga di kampung memang sukakan rasa lemak buah dabai ni. Cuma aku yang tak berapa minat makan buah ni.

Insyaallah jika diberikesempatan, nanti aku upload gambar-gambar yang sepatutnya.

Semoga rakan-rakan semua enjoy.dengan liveblogging aku ni. Pasti nanti akan aku balas kunjungan kalian semua.

Doakan keselamatan dan kesejahteraan kami sepanjang perjalanan ya.

Kami bergerak dulu.

Bismillahhirrahmannirrahim..

Categories
Keluarga

Bermalam Di Rumah Panjang

Bertemu lagi kita di entri yang baru.

Ketika ini aku berada di Rumah Panjang sebelah isteriku yang terletak berhampiran dengan simpang ke Pekan Roban. Kaum keluarga berkumpul menyambut kedatangan kami.

Kami bergerak dari rumah keluarga kami di Sarikei tadi pada jam 5.00 petang. Jarak lebih kurang 45km dan kami sempat berbuka puasa di di rumah.

Keadaan di sini agak sunyi dan sesekali kedengaran suara anak-anak yang ketawa bermain sesama sendiri.¬† Ruangan ‘ruai’ rumah panjang 20 pintu menjadi medan anak-anak berlari.

Di rumah panjang cuma ada ‘aki’ (datuk dalam bahasa Iban) dan ‘inik’ (nenek). Kedatangan kami terutamanya anak-anak memang dinantikan mereka sejak dari pagi tadi.

Selepas sahur esok, kami akan mula bergerak ke kampung halaman aku di Asajaya, Kota Samarahan. Harap cuaca esok elok dan aliran trafik tak sibuk.

Walaupun jasad masih berada di.sini, hatiku sudah awal lagi berada di kampung.