Categories
Keluarga

Sesekali Suami Menjadi Suri Rumah Tangga

Minggu lepas Amyra menyertai CK Classic International Taekwondo Championship 2016 yang berlangsung di Stadium Badminton Cheras.

Sepanjang tempoh pertandingan, saya menjadi ‘suri rumah’ kerana isteri menemani Amyra di sana. Sepanjang 5 hari ketiadaan isteri, banyak juga perkara lucu yang berlaku.

Antara yang berlaku adalah;

Cuci baju di dobi layan diri – silap masukkan cecair pelembut dan pencuci pada slot yang sepatutnya. Buih semakin banyak dalam mesin tapi masa cucian tinggal kurang 10 minit. Hairan jugalah. Akhirnya ‘spin’ dengan baju masih berbuih. Ulang sekali lagi dengan kos kerugian RM5 (mesin 10kg) dan terbazir masa hampir setengah jam.

Masak nasi yang tak masak-masak – saya kalau setakat masak nasi memang tiada masalah kerana selalu juga memasak sendiri. Cuma minggu lepas, nasi dimasak tidak masak-masak. Hairan juga dibuatnya. Selepas diperiksa, periuk nasi lupa ditekan ‘cook’ cuma masih dalam mode ‘warming’.